mEnara tInjau..

Saturday 13 April 2013

Kerana Kasih mereka.. Emak Abah..

***بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."

Siapa kita? Bagaimana kita boleh ada di muka bumi ini? Hamba Allah mana lah yang sanggup menumpahkan darah hanya untuk kita? Yang sanggup melayan kerenah untuk membesarkan kita? Tangan siapalah yang menyuapkan makanan ke mulut kecil kita suatu ketika dahulu? Dan Tangan siapalah yang sanggup menepok mendodoikan kita sewaktu kita tidur?  Yang sanggup menadah muntah dan merawat kita ketika kita sakit? Tubuh siapalah juga yang sanggup memeluk kita ketika kita dalam kesedihan? Siapa.. Siapa..dan Siapa... Kita lupa???

Dengan mudah ye kita lupa.. Kejam betul kita rupanya.. Tidak salahlah jika kita dikatakan seperti " Kacang lupa kan, Kulitnya".. Eh, Kenapa pula tidak boleh??? Bukan ke kita memang sebegitu rupa.. Sudah habis madu, sepah dibuang merata-rata.. Lupa ye kita.. Mari kita kenang kembali.. Siapa mereka itu..

Pertemuan dua jiwa dan rasa antara jejaka dan gadis atas ikatkan pernikahan yang halal lagi menghalalkan. Perkosingan hidup antara dua jiwa itu yang mendambakan rahmat Allah dengan memberikan hadiah dinantikan atas perkosingan itu. Apabila berita kewujudan satu nyawa lain di rahim si perempuan yang dipanggil anak, pastinya dua jiwa itu bergembira kerana mereka bakal menjadi ibu dan ayah. Bermulalah detik itu si anak dijaga dengan penuh kasih sayang dengan harapan lahirnya seorang khalifah terulung membela agama, bangsa dan negara.

Itu baru mukadimah kewujudan kita daripada rahmat Allah.. Masih ingat-ingat lupe..  Sedarlah kita bahawa setiap dari kita lahir dari rahim seorang wanita yang kita gelar ibu, mama, emak, ummi atau apa sahaja yang mewakili gelar seseorang yang sanggup menumpahkan darah dan yang sanggup mempertaruhkan nyawa hanya untuk melahirkan kita ke dunia ini. Lahirnya kita diiringi laungan azan dan iqamat oleh si ayah dengan doa agar dijauhkan kita dari gangguan syaitan laknatullah.


Gambar : Nakalnya..

Lahirnya kita adalah hasil kasih sayang antara dua orang insan yang Allah berikan amanah yang merupakan tanggungjawab kepada mereka, namun bagi mereka itu hadiah yang tidak ternilai yang akan mereka jaga sebaik mungkin. Allah terbitkan rasa cinta dan kasih dalam hati mereka untuk kita si anak. Yang pasti terlalu banyak yang mereka lakukan untuk mendidik kita supaya menjadi insan yang berguna pastinya untuk agama, bangsa dan negara.

Semakin dewasa kita semakin lupa akan jasa-jasa dan pengorbanan mereka. Kita sering memberi alasan kesibukan sehinggakan terlupa bertanyakan khabar berita mereka. Tapi sesuatu yang menjengkelkan apabila kita tidak lupa untuk bertanyakan khabar buah hati kita dalam setiap minit. Apa alasan kita lupa lagi ye.. Kita sama.. Lupa sahaja kita ni ye.. Sudah tua la kita ni, mengalahkan ibu bapa kita sendiri..

Gambar: Lihatlah betapa gembiranya ibu ayah kita

Mari kita sama-sama ingatkan diri kita supaya tidak lupakan akan jasa-jasa dan pengorbanan mereka. Ini perintah dan suruhan  bukan dari sesiapa tetapi dari Maha Pencipta kita yang wajib kita patuhi melalui firman-Nya :



A023



Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).




A024


Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."

(Surah al-Israa', ayat 23-24)



Lihat betapa Allah memuliakan insan bernama ibu ayah ini, sehinggakan berkata 'ha' itu pun dilarang sama sekali. Macam mana rasa anda, nak pengsan, rasa nak menangis berguling-guling? Rasa berdosa yang tidak terhingga. Iya kita sama, suatu perasaan yang tidak dapat diungkapkan dengan perkataan. Terlalu banyak yang kita lakukan sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja telah menguris perasaan insan mulia bernama ibu dan ayah kita. Kejam kan kita.

Kesusahan dan kepayahan mereka membesarkan kita sehingga kadang kala mereka sanggup mengikat perut semata-mata mahu melihat kita membesar dengan sihat dan mempenuhi keperluan hidup kita, Dan bila  kita dewasa sedikit sudah pandai berkata-kata, sehingga kan kita sanggup mengeluarkan kata-kata yang menguris perasaan mereka tanpa melihat pengorbanan mereka.

Itu belum lagi anak-anak yang sudah sanggup memukul ibu bapa sendiri gara-gara kehendak mereka tidak dipenuhi. Subhanallah.. Lihatlah betapa derhakanya kita ini. Tubuh yang suatu ketika dahulu menjaga, membelai kita tapi kini sanggup kita cederakan mereka sehingga luka parah. Betapa parahnya luka yang mereka alami secara fizikalnya, lagi parah dan berdarah luka di hati mereka. Luka di mata pasti akan sembuh  tetapi luka di hati mereka meninggalkan kesan yang mendalam, mungkin tidak akan sembuh. 

Kejam ? Zalim? Kacang lupa kan kulit ? Anak derhaka ? Iya itu la kita.. Oh.. Maaf anda tidak begitu kan, pastinya anda anak-anak yang baik yang tahu menghormati dan menghargai segala penat lelah ibu bapa kita.

Ini realiti untuk kita sama-sama renungi, peristiwa yang pernah terjadi di negara yang kita cintai. Semoga ianya menjadi teladan kepada kita sebagai hamba yang Maha Esa dan insan bernama anak..

Sumber : Harian Metro

Sumber : Harian Metro


 @______________@
 ( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )

Friday 12 April 2013

Halaqah : Sebelum Kami Tiada (Episod 3)

***بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."



Sumber : Youtube


Moderator : Ustaz Syed Norhisham Tuan Padang Al-Idrus
Panel : Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek
Hafiz: Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman



 @______________@
 ( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )

Thursday 11 April 2013

Lentera Hati


***بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."


Lentera hati, apa mahu kamu..
Apa yang kamu ingin..
Sungguh menyakitkan..
Kabur pandanganku..

Renyai-renyai rahmat Illahi..
Seperti mengiringi mahu mu itu..

Apa gunanya kamu..
Lentera hati..
Apa fungsi mu..

Mana..mana..
Mana janjimu itu..

Mana enzim-enzim pejuang itu..
Cukup sudah hati ni disakiti..

Mana kamu lentera..
Berjanji  melindungi..

Berjanji untuk mengasihi..
Mana  janji-janji mu itu..

Wahai lentera..
Aku pasti kamu lebih memahami..
Apa mahu mu..

Cukuplah mereka-mereka menyakitiku..
Aku pinta lentera..
Bangunlah..
Bantulah aku..
Melindungi hati ini..
Mengasihaninya..

Aku tahu kamu juga tahu..
Hati ini memerlukan kamu..
Lentera pahlawan hati..

Ya Allah bantulah hambamu ini..
Bantulah aku membina lentera hati ini..

Aku memantimu wahai lentera hatiku...
Berjuanglah...




 @______________@
( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )

OKU


***بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."

Apa itu OKU? OKU akronim bagi perkataan Orang Kurang Upaya. Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008; OKU ditakrifkan sebagai mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat. 

Orang Kurang Upaya atau lebih manis dipanggil golongan istimewa. Memang mereka sangat istimewa kerana mereka di beri oleh Allah SWT kelebihan yang sangat unik. Jika difikir individu normal tidak mungkin boleh berjalan dengan mata yang tertutup, tetapi individu istimewa ini mereka diberi Allah kelebihan untuk melihat menggunakan mata hati walaupun meraka tidak dapat melihat seperti individu normal yang lain untuk kelangsungan hidup di bumi Allah ini. 

gambar : Special Signboard

Mereka ini terdiri dalam beberapa kategori antaranya :

1) Kurang Upaya Pendengaran (Pekak)

Individu ini tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua telinga tanpa mgnggunakan alat bantuan   atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunalan alat bantuan pendengaran. 

         * Minimum 15 -< 30 dB (kanak-kanak)
                          20 -< 30 dB (orang dewasa)
         *Sederhana 30 -< 60 dB
         *Teruk (severe) 60 -< 90 dB
         *Sangat teruk (profound)

2) Kurang Upaya Penglihatan 

Individu yang tidak dapat melihat atau mengalami pegnlihatan terhad di kedua-dua belah mata, walaupun menggunakan alat bantuan penglihatan atau medan penglihatan kurang dari 20 darjah dari fixation. Terdapat dua klasifkasi KU Penglihatan,

     * Terhad (Low Vision/Partially Sighted)
     Penglihatan lebih teruk dari 6/8 tetapi sama dengan atau lebih banyak daripada 3/60 
     dengan menggunakan alat bantuan penglihatan atau medan penglihatan kurang dari 20 darjah dari fixation.

     * Buta (Blind)
     Penglihatan kurang daripada 3/60 atau medan penglihatan kurang dari 10 darjah dari fixation.

3) Kurang Upaya Pertuturan (Bisu)

Individu yang tidak boleh bertutur sehingga menyebabkan gangguan berkomunikasi dengan sempurna dan ti dak boleh difahami oleh mereka yang berinteraksi dengannya. Keadaan ini adalah kekal atau tidak akan sembuh bagi kanak-kanak mestilah berdasarkan penilaian pada umur lima tahun ke atas. Sekiranya ada kemusykilan, sila rujuk kepada doktor Pakar Otorinolaringologi.

4) Kurang Upaya Fizikal 

Individu yang kehilangan atau tidak ada suatu anggota atau mana-mana bahagian badan yang mengalami keadaan seperti hemiplegia, paraplegia, tetraplegia, kehilangan anggota, kelemahan otot-otot yang mengakibatkan mereka tidak dapat melakukan aktiviti asas seperti penjagaan diri, pergerakan dan pertukaran posisi tubh badan.

Berlaku disebabkan oleh kecederaan (trauma) atau ketidakfungsian sistem saraf, kardiavaskular respiratori, hematologi (sistem darah), imunologi (sistem imun), urologi, hepatobiliari, muskuloskeletal (Otot), ginekologi (Sakit Puan) dan lain-lain.

Tetapi kecedaraan yang tidak menjejaskan fungsi anggota yang terlibat tidak diklasifikasikan sebagai OKU.

5) Masalah Pembelajaran

Individu yang mengalami masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usia biologikal. Dikategorikan sebagai lewat perkembangan global, Sindrom Down, lembab dan kurang upaya intelektual. Ia juga merangkumi keadaan yang menjejaskan kemampuan pembelajaran individu seperti Austisme (Autistic Spectrum Diorder), Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan masalah pembelajaran specifik seperti Dyslexia, Dyscalculia dan Dysgraphia.

6) Kurang Upaya Mental

Individu yang mengalami kecelaruan akal fikiran yang telah diberikan rawatan dan telah diberi diagnosis sekurang-kurangnya selama dua tahun oleh Pakar Psikiatri. Akibat daripada penyakit yang dialami dan telah menjalani rawatan psikiatri, mereka masih tidak beruoaya untuk berfungsi sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan dirinya atau perhubungan dalam masyarakat. Antaranya Organic Mental Disorder yang serius dan kronik, Skizoffrenia, Paranoid, Mood Disorder (Depression, Bipolar) dan Psychotic Disorder seperti Schizoaffective Disorder dan Persisstent Delusional Disorder.

7) Kurang Upaya Pelbagai (Multiple Disabilities)

Individu yang mengalami lebih daripada satu jenis ketidakupayaan dan secara umumnya tidak sesuai diklafikasikan di bawah mana-mana 6 kategori lain yang sedia ada. 


p/s: jangan pencilkan mereka..
      mereka lebih  istimewa dari individu biasa/normal..
      kerana mereka dipilih oleh Allah STW untuk anugerah yang istimewa ini..
      

@______________@
( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )


Wednesday 10 April 2013

Erti Al-Fatihah

***بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."



 Erti Al-Fatihah - Voice of Ummi


 
sumber :youtube


Lagu yang sangat sesuai untuk semua lapisan masyarakat, terutama anak-anak yang sedang membesar. Suburkan jiwa mereka dengan aluanan memuji Allah SWT daripada luanan memuja selain DIA yang Maha Esa. 

Tidak akan pernah jemu mendengarnya berulang kali. Berhibur dengan tambahkan pahala. Menarikkan. Islam itu agama syumul dan indah. Selamat berhibur.



@______________@
( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )

Kepahitan yang manis

***بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."


Pada suatu hari, seorang kaya telah menerima sebiji buah tembikai pemberian daripada tetamunya. Kemudian tuan itu memanggil Luqman iaitu hambanya yang paling patuh dan takut padanya serta hamba yang paling dia sayangi. Sebaik Luqman tiba, tuan itu memotong sebahagian tembikai dan memberikannya kepada Luqman.

Lalu Luqman pun memakan tembikai tersebut dengan penuh rasa kelazatan. Terpancar kenikmatan daripada wajahnya itu. Lalu, tuan itu memberikannya sebahagian lagi kerana seronok melihat hamaba kesayangannya itu sedang menikmati buah pemberiannya.

Luqman menerimanya dan memakannya lagi dengan senyuman dan keikhlasan. Tuan tadi terus memotong dan memberi buah tembikai itu kepada Luqman sehinggalah hanya tinggal satu bahagian  lagi. Kemudian tuan tadi berkata "Biar saya pula yang memakan sebahagian yang tinggal ini untuk merasa betapa manis dan sedapnya tembikai yang kamu makan itu."

Sebaik sahaja si tuan tadi mengigit buah itu, terpancar satu rasa kepahitannya teramat sangat. Lidahnya terasa pahit dan tekaknya mula terasa loya. Dia hampir pengsan dek kerana kepahitan buah tembakai tersebut.

"Bagaimana kamu memakan sepahit racun ini ibarat kamu sedang memakan manisan yang sangat lazat? Betapa tingginya kesabaran kamu? Hanya Allah SWT sahaja yanag tahu betapa seksanya kepahitan yang kamu tanggung sebentar tadi. Mengapa kamu tidak berkata apa-apa? Dan kenapa kamu tidak berterus terang sahaja kepada saya tentang kepahitan buah ini?" soal si kaya tadi.

Gambar : Tembikai


Luqman menjawab, "Saya sudah memakan banyak hidangan yang sedap-sedap daripada tangan tuan, wahai tuanku yang tercinta, tuan telah memberikan saya pelbagai kelazatan dan kesenangan serta kurnia yang banyak yang telah membuatkan saya malu kepada tuan kerana tidak mungkin mampu membalasnya.

"Jadi bagaimana mungkin saya semudah itu ingin berkata buah itu pahit, saya tidak boleh memakannya, sedangkan ia juga daripada tangan tuan? Malah, sepahit mana pun sesuatu yang tuan berikan, semuanya terasa sangat manis bagi saya kerana setiap zarah dalam tubuh saya ini subur kerana kasih sayang daripada tuan. Bagaimana mungkin suatu rasa daripada tangan tuan yang pemurah ini, mengalirkan rasa pahit ke dalam diri saya?"

Demikianlah rasa kasih, hormat, taat dan takut seorang hamba kepada tuannya. Begitu juga kita manusia, sebagai hamba kepada Allah SWT. Allah SWT telah memberi kepada kita hidup ini. Hidup kita tidak lekang daripada rezeki, tidak sunyi daripada senyuman dan tidak sepi daripada kejutan yang menggembirakan.

Bagaimana mudah kita menuding jari kepada Allah SWT apabila diberi sedikit ujian? Bayangkan dalam sehari ada 24 jam, mengapa kerana 20 minit dari waktu itu Allah jadikan hujan, kita mengeluh kerana terhalang daripada melakukan pelbagai aktiviti harian.

Cuba kita renungkan hakikat tersebut kerana kasih sayang dan cinta yang mendalam, tembikai yang pahit boleh terasa manis begitulah kehidupan ini. Seandainya mendalam dan kukuhnya cinta dan kasih kepada-Nya, nescaya setiap dugaan yang menimpa dirasakan manis. Malah tidak wujud sama sekali istilah pengalaman pahit dalam hidup ini kerana setiap pengalaman itu adalah takdir Allah SWT.


*Olahan daripada buku Bertanya Tentang Tuhan
  Penulis : Ibnu Rijal
  Terbitan : Mustread Sdn Bhd


@______________@
( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )

Tuesday 9 April 2013

politik @ politikus ??

***بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."



Semakin hampir dengan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13, semakin meruncing perbalahan di antara pelbagai pihak dalam memperjuangkan idelogi mereka. Timbul tanda tanya ini kah tujuan PRU diadakan dan perlukah situasi ini berlaku. Dalam abad ke-21 ini, majoriti ahli politik adalah golongan cerdik pandai, cendikiawan dan para ulama yang pakar dalam bidang masing yang mana dihormati serta dikagumi oleh masyarakat kerana ilmu yang mereka miliki. Yang mana mereka ini umpama pepatah 'jauhari juga yang mengenal manikan'. 

Tapi sungguh menyedihkan lihat sahaja di dada akhbar penuh dengan laporan caci maki, hina menghina., kafir mengkafir. Malu saya mahu membacanya.. Kalau masyarakat agama lain mungkin boleh diterima juga tapi sesama bangsa MELAYU lagi beragama ISLAM yang syumul ini..



Ya Allah..Allah.. Allah... 
Subahanallah.. Subahanallah...Subahanallah....
Masyallah... Masyallah.. Masyallah...



Apa sudah jadi dengan politik Malayasia? Ibarat ahli-ahli nya seperti golongan yang tidak berilmu, tidak bertamadun. Hilang sudah rasa hormat-menghormati, hilang sudah rasa malu dalam diri, ke mana hilangnya akhlak mulia, budi bahasa dan adab ketimuran yang disanjugn selama ini. Hilang sudah IMAN di hati...

Lagi memeritkan kemana hilangnya harga diri seorang umat islam yang mengakui beriman. Sayang sungguh, hanya kerana idelogi anda berbalahan, sehingga anda lupa tidak yang lebih berkuasa selain daripada Allah azza wa jalla. Bukan kehidupan dunia pengakhirannya, saya yakin semua tahu akan fakta ni, jadi mengapa ideologi politik membawa kepada kehancuran bukanya kemakmuran.

Jika Nabi Muhammad s.a.w masih hidup pastinya baginda sedih melihat akan kerakusan umatnya yang berbalah dan berpecah belah hanya kerana idelogi yang berbeza itu.

Saya budak baru belajar, tapi jika ini ajaran yang anda semua hidangkan. Jangan anda marah jika suatu hari nanti kami anak-anak cucu anda berkelakuan lebih teruk daripada ini.

Hidangkan lah kepada tunjuk ajar yang indah dan berakhlak seperti yang diajari oleh junjungan besar Rasulullah s.a.w.. Tunjuki lah kami akhlak baginda yang indah itu, pimpinlah kami dalam memperjuangkan agama islam yang indah ini..

Firman Allah s.w.t :

" Sebenarnya semua orang yang beriman itu bersaudara, 
maka damaikan antara dua saudara kamu (yang berpecah) itu,
dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat" -   Surah Al-Hujurat, 10


لاَ إِلَهَ إِلَّاالله
"Tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah"


p/s: Hilang sudah semangat undi mengundi untuk
      pertama kalinya.. 
      Bangkitlah dan sedarlah wahai saudara seagamaku..


@______________@
                                                 ( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )