mEnara tInjau..

Friday 7 June 2013

Segment : Sebarkan Salam Eratkan Ukhwah by Ms.Jujue



**بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."

Salam ta'aruf disambut..
Segment sebarkan salam di 'join'...
Senyum manis dibalas..
Semoga ukhwah berkekalan..

hahaa..
Sebelum mengarut macam-macam lagi..
Nak ajak kekawan join segment by adik Jujue..

Syarat-syarat simple je..
Meh join..

Semoga kasih bertaut..
Berkekalan hingga ke s0rga.. ^_^



@______________@
 ( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )

Thursday 6 June 2013

Ini ke jodoh saya..


**بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."


Sebelum ni syok ketawakan orang..
Especially blogger Abak..
Sebab dia pernah kena benda ni..
Kali ni kena kat diri sendiri..
Malu campur terkedu..
Tak terduga..

Wah, macam mimpi pula..
Tapi serius memang malu gile..
Dilamar jadi menantu rakan pejabat..
Betul-betul terkejut..
Besar betul ujian kali ni..




Senyum jela..
Malas nak komen apa-apa..
Harap-harap tiada lagi yang buat kejutan macam ni..
Mahu pengsan lepas ni..

Kata bijak pandai jodoh itu rahsia Allah..
Tunggu dan lihat jela..
Tapi kita mesti usaha dan berdoa..



ihsan : en. google ^_^


@______________@
 ( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )

Wednesday 5 June 2013

Jangan caci emak saya..


**بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."

Pasangan suami isteri ini telah berkorban lebih 20 tahun.
Suami adalah seorang yang panas bararn dan 
sering bertindak ganas terhadap isterinya.
Dia juga suka menggunakan perkataan yang tidak
baik terhadap isterinya seperti 
'kau perempuan tidak berguna',
'kau bangsat', 'perempuan sial',
'perempuan sundal' dan sebagainya.
Suami juga sering menyalahkan isteri jika timbul masalah di pejabat.


Mereka mempunyai lima orang anak.
Yang sulung kini berumur 22 tahun telah berjaya ke universiti.
Dia seorang yang bersemangat sangat kental.
Dia belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya
 dalam hidup kerana dia berazam mahu 
'menyelamatkan ibunya daripada ayahnya yang zalim.

Anak ini telah hilang segala rasa hormatnya
 terhadap ayahnya dan berniat dalam hati untuk 
membalas dendam.

Walaupun tidak disebut dengan mulut namun
 dendam itu sangat jelas berada di lubuk
 hatinya dan daripada tingkah lakunya.

Apabila ibu bapanya bercerai, dia merasa amat lega.
Tetapi ayahnya masih mengganggu hidup mereka
adik beradik kerana ayah mahu hak penjagaan.

Sedangkan dia dan adik-adiknya menolak.
Ayahnya tidak memberi nafkah dengan alasan
dia telah dewasa dan perlu berdikari.
Dia terpaksa menangguhkan pengajian
kerana terganggu emosi dan kerana tidak ada wang untuk belajar.

Tanpa di sedari, dia mengambil alih tugas dan peranan
ayahnya sebagai ketua rumah.
Dia membantu ibu menjaga adik-adik
dan mengurus keluarga, menjadi pembuat keputusan.
Akhirnya ibunya juga kadang-kadang
kelihatan takut kepadanya.
Dia mengawal semua perkara termasuk tidak
membenarkan adik-adik bertemu ayahnya.

Ayahnya pula memperlakukan hal yang sama
tetapi kali ini ke atas dirinya dengan
memanggilnya 'anak sial', 'anak tak sedar dek untung',
atau 'kau ini pembawa masalah',
'sebab kaulah kami bercerai' dan sebagainya.


Semua ini menjadikan anak perempuan ini
'keras hati' dan bertekad menjadi seperti
lelaki supaya ayahnya dapat dikalahkan.

Apabila dia diingatkan bahawa walau
apa pun yang telah dilakukan, ayah
tetap ayah dan dia tidak boleh menjadi
anak durhaka.

Dan dia turut diingatkan bahawa
ayahnya adalah wali. Secara spontan dia menjawab
"saya rela tidak berkahwin daripada menjadikan
ayah saya wali perkahwinan saya."

Ianya sesuatu yang mengejut dan menyedihkan.
Tetapi anak ini tidak boleh dipersalahkan.
Dia dibesarkan dengaan kata nista.
Dengan tampar terajang ayahnya dan melihat ibunya diseksa.

Dalam dirinya sudah tiada kasih sayang,
ketaatan atau kesedihan.
Dalam dirinya hanya ada dendam yang tiada
penghujungnya.

Dia perlukan pemerhatian pakar kaunseling dan
memulihkannya bukanlah satu perkara yang mudah.

Dalam tangisan dia meminta di sampaikan
pesanan kepada ayahnya..
"Tolonglah cakap dengan ayah.
Jangan caci emak saya. Dia
ibu yang terbaik di dunia.
Dan saya sangat sayangkan emak. "



@______________@
 ( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )

Pelik tapi realiti yang menarik ..



***بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."

Siapa yang tak ada gadjet komunikasi ? 
Cer habaq mai..
Paling teruk pun mesti ada telefon bimbit a.k.a. 'handphone'


Tapi dalam teknologi yang canggih nie..
Ada pelajar ASASI kemasukan ujung bulan MEI 2013..
Baru lagi..budak pandai..
Bakal-bakal pelajar yang mungkin akan ke luar negara..
Yang mengejutkan dia tidak mempunyai 'handphone'..
Dikala budak umur 2 ,3 tahun pegang gadjet canggih manggih..
Dia tidak ada..

Ibu bapa dia akan hubungi pihak kolej ataupun..
rakan-rakan sebilik untuk bercakap dengan anak mereka ini..
Bila fikir tak mungkin berlaku dalam zaman canggih macam ni..
Sebab budak pandai kot..

Tapi memang kagum dengan dia..
Dia mampu hidup untuk tanpa terlalu bergantung dengan teknologi..
Especially 'handphone'..

Tabik spring kat dia..
And all  the best for ur study ye.. ;)


@______________@
 ( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )


Monday 3 June 2013

Be Rasional..



***بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."

Bila difikirkan lucu pun ada, geram pun ada dan kesian pun ada.
Satu group maintenance buat kerja-kerja selenggara di rumah seorang yang terpelajar. 
Seorang pakar dalam bidang anatomi yang menjadi pendidik di sebuah universiti terkemuka negara.
Group maintenance membaiki pagar dan kawasan sekitar rumah.
Cuba kita bayangkan kalau dah buat kerja, tambah-tambah lagi selenggara,
mestilah bising dan kotor sikit.
Setiap apa yang kita lakukan dan mahukan,
ada yang perlu dikorbankan. Sama ada secara realitinya atau sesuatu yang perlu kita nilai
dengan akal fikiran. 


Yang menyedihkan, Doktor ni boleh marah gourp maintenance ni supaya 
buat kerja dalam keadaan senyap tanpa ada bunyi bising langsung.
Kalau macam tu nak ketuk paku pun tak masuk paku tu.
Dan jangan mengotorkan atau menyebabkan kerosakkan pada dinding rumahnya.
For sure la mungkin cat rumah akan tertanggal sedikit.
Maklum la rumah tu pun dah lama catnya entah tahun bila punya.
Dah mula tercabut sendiri.

Geram je tengok, ikut hati nak sekeh-sekeh je bagi dia berakal sikit. huhuuu
Dia nak rumahnya elok dan cantik tapi bila orang buat kerja tengok dan diam je la.
Melainkan kerja-kerja yang dibuat itu memang menyalahi apa yang sepatutnya.
Dan kalau yang itu dia memang berhak untuk marah dan bising.

Bila difikirkan balik orang yang bijak pandai tidak semestinya berakal.. ;p
Perkara simple macam tu kanak-kanak pun tahu menilainya.
Tolong la guna akal yang rasional dan jangan nak ikut kemahuan hati sendiri sahaja.
Setiap perkara mengikut keadaan dan kesesuaian.

Kesian pada manusia seperti ini.
Hidup dalam kelas mereka sendiri 
dan kehendak mereka sahaja sehingga mereka tidak mampu menerima 
sesuatu perkara secara rasional.

Kalau anda boleh masuk kubur sendiri anda berhak untuk berbuat ikut kemahuan anda.
Sebab anda tidak akan menyusahkan orang lain.

Tapi ada ke manusia sebegitu?
Mampu untuk buat semua perkara sendiri.
Sedangkan nak makan pun kita perlu berurusan dengan pelbagai pihak.
Fikir-fikirkan.

Hidup bersama adalah indah..
Seperti adam perlukan hawa..
dan begitu la sebaliknya.. 



@______________@
 ( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )

blogwaking CUTI SEKOLAH bersama ayuinsyirah



***بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."

Sempena cuti sekolah yang panjang nie..
Cikgu Ayu kita nak ajak kekawan semua blogwalking..
Simple je syarat-syaratnya...
Klik pada banner.. ^_^




Lahirnya seorang Perdana Menteri atas jasa guru..
Lahirnya para doktor atas budi guru..
Lahirnya para cendikiawan terulung atas usaha dan bakti seorang guru..
Jadi jom join segmen yang dianjurkan oleh cikgu Ayu nie..



@______________@
 ( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )