mEnara tInjau..

Friday 14 June 2013

duhai penapis..



**بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."

Alkisah empat beranak tengah goreng keropok..
si emak dan tiga anak gadisnye..
mengajar mereka menggoreng keropok ikan cap 'ayam'..

contoh je..^_^

Tiba-tiba datang si bapa berlenggang berkain pelikat..
ala ala lagu anuar zian dengan elina kecik-kecik..

"maknye, buat ape tu? mengoreng keropok ke?"
"eh, iedok la, teman duk main guli dengan bebudak ni ngegee"

si anak-anak hanya ketawa melihat gelagat mak dan ayah mereka..
datang si bongsu ingin membantu maknya mengangkat keropok ikan yang
telah siap masak daripada kuali..
tapi oleh kerana tapis besi yang digunakan kecil..
keropok tersebut tidak dapat diangkat dan menyebabkan ianya hangit..


"eh, kome ni kecil benor tapis tu. Ni ha gune yang ini"
si bapa mengambil tapis yang tergantung 
sambil melambai-lambai tapis tersbut...



 "tapi abah tu kan tapisssssssss..."
belum habis si anak berkata-kata
si bapanye dengan penuh macho mengangkat keropok tersebut..
tapi ...


Inilah hasilnye..
apabila penapis plastik digabungkan dengan minyak panas..
memang terbaik hasilnye..
hanya orang seni yang tahu menilainye... :p

"itu la kalau nak berlagak macho depan anak pun berpada-pada la. kan dah malu sendiri"
"iedok la teman tahu, ingatkan penapis tu fleksibal..pelbagai kegunaanye."


@______________@
 ( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )




Wednesday 12 June 2013

mengigau..



**بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."

iNi benar-benar kejadian..
Bukan mainan bukan cubaaan...
Ini betul terjadi..
Tapi siapa yang terlibat biar la rahsia..
hahahaa..
kisah bermula..

.........................................jeng..jeng...........................................

Melati menyewa dengan kakak kesayangannye Kemboja.
Hari tu matlamat Melati nak balik rumah tidur..

Siap saja solat isyak..
Melati dah tarik tilam depan TV..
Ambik bantal dan selimut..
Bersiap nak tidur..
Sambil tu mata duk tengok TV..
Kira malam tu dalam sejarah Melati sebab tidur awal..
Sampaikan kakak dia tegur.. 
"Wei Melati awal lagi kot, awat hang dah bentang tilam bagai ni"
Melati buat derk je..
Matlamat mesti dicapai..

...............................................jeng...jeng................................................

Eh..6.30 dah ni..
Ya Allah lambat dah aku ni..

"Akak bangun-bangun la dah 6.30 dah ni. Cepat la"

Melati dengan pantas mengemas tempat tidur dia...
Tiba-tiba...
Suara merdu Kemboja kedengaran..

"Wei..hang nak p mana tu."
"Nak bangun la..dah 6.30 kot"
"ermmmm..agak-agak la, aku baru nak tidoq. Cer hang tengok jam tu betul-betul. 
Tahu la excited nak p kerja tapi tunggu la pagi dulu."
Adoi..aii..
"Tadi nampak dah jam 6.30 camne la leh tukar jam 12.30 lak ni"
"Tu nak p mana lak tu"
"Orang nak p toilet la"
"hahahaa...cover la tu"


thanks en.google utk pic comel ni.. ^_^

@______________@
 ( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )

Tuesday 11 June 2013

Fenomena muktahir ini...


**بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."

Takut melihat fenomena akhir-akhir nie..
Perasan tak..???
Jenayah!
Iaitu apa-apa perkara yang 
boleh memberikan masalah atau kesusahan
kepada orang lain..

Anda rasa apa?
Rasa nak pengsan bila baca 'newspaper'
Rasa macam nak sekeh-sekeh je..
Rasa nak tolong benteras..
atau 
Sekadar rasa-rasa je..
Ermmmm...

Fitnah berlelusa..
Ulama dihina-hina..
Ini semua jenayah..
Jenayah bermaharajalela..


Itu belum jenayah kolar putih..
Kira jenayah orang bijak pandai la..
Yang sebenarnya 'terlebih bijak'..
Sampai matlamat menghalalkan cara...



Ingat setiap yang kita laku dipertanggungjawabkan atas diri kita..
Waima yang duk menaip ni pun..
Jenayah menghancurkan umat..
Tak kira jenayah apa pun..



@______________@
 ( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )

Monday 10 June 2013

mArhaban ya sYa'ban


**بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."



Dari Aisysh r.a katanya :

"Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira 
bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka
sehingga kami mengira baginda akan berbuka terus.
Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan
penuh kecuali pada bulan Ramadhan.
Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan
yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Sya'ban" 


@______________@
 ( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )

Tangisan air mata..


**بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."

Manik-manik kecil gugur dari kelopak mata..
Membawa rasa dijiwa..
Fitrah yang dikurniakan oleh Yang Maha Esa...
Punya banyak rahsianya..



Ibnul Qayyim menjelaskan terdapat 10 jenis tangisan, antaranya :

* menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
* menangis kerana rasa takut.
* menangis kerana cinta.
* menangis kerana gembira.
* menangis kerana menghadapi penderitaan.
* menangis kerana terlalu sedih.
* menangis kerana terasa hina dan lemah.
* menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
* menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
* menangis orang munafik yakni pura-pura menangis.

Sabda Rasulullah SAW : 

"Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya
dari api neraka. Dan apabila airmatanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan 
dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka
kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan 
kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."




@______________@
 ( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )