mEnara tInjau..

Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts

Thursday, 11 July 2013

Bagaimana Kita Mengiringi Ramahan..?


**بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."

Kita yang mana?
Orang awam..
atau 
Golongan Salafussoleh...
atau 
Di antara keduanya..


Semoga Ramdhan ni lebih dibErkati-Nya..

kredit : jiwahamba

@______________@
 ( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )



Wednesday, 10 July 2013

Kurma

**بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."

Kurma


kurma07
Nama saintifiknya Phonex Dactylifera
Dari jenis tumbuhan palma
Macam ni...

kurma03

Kandungan mineral 

Protien 1.8 - 2.0%
Serat 2.0 - 4.0%
Gula 50 - 57% glukosa
Potasium
Vitamin A dan C
Zat Besi 
Kalsium

kurma06


** yang menarik gula itu akan terus ditukar automatik ke bentuk tenaga.
Sebab apa menarik sebabnya
Gula yang terdapat dalam buah-buah dikenali sebagai
fraktosa @ gula pasir yang mengandungi sukrosa 
tidak boleh menyerap terus dalam tubuh,
sebaliknya perlu dipecahkan oleh enzim sebelum
ditukar menjadi glukosa yang diserap tubuh sebagai tenaga.

date-jam_new
Kurma mengandungi Serat dari kulitnya.
Mencegah barah usus besar sebab ia melawaskan.

Vitamin A dan C yang tinggi pada peringkat khala/ rotab
dan menurn sekdikit pada peringkat tamar.

kurma01

Potasium yang banyak
sangat diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf.
Walaupun ada dalam susu, yogurt dan makanan laut tapi
 jumlahnya sedikit je..

kurma05

Menguatkan ingatan sama dengan kismis.

Meredakan tekanan darah tinggi sebab tiada
kolesterol, lemak dan gula.

Perubatan Homeopati,
biji Kurma dikisar seperti teh, direndam dan diminum 
bagi menyembuhkan pelbagai penyakit.

kurma09

Menambahkan tenaga seksual atau batin.

Masalah Insomnia.

kurma02

Masalah batuk, 
dapat menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong.

Zat Besi dan Kalsium 
sesuai untuk wanita semasa hamil dan selepas bersalin.

dates-juice

Jus Kurma
Menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran
Memperkukuhkan urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan
Membantu proses kelahiran
Mengurangkan tumpah darah
@______________@
 ( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )

Friday, 28 June 2013

Perhatian : Ibu mengandung..


**بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."

Perhatian!!! 
Perhatian!!!

Ibu-ibu..
Bapa-bapa...
Kakak-kakak..
Abang-abang...
Adik-adik...
dan semuanye...
 Teman cuma nak kongsi info ini..

;
;
;
;
;
;


Tolong bagi tahu pada para ibu bapa..
Proses pembentukan akhlak anak-anak...
Sangat berkaitan dengan akhlak ibu bapa itu sendiri..
dan keadaan sekeliling.,..

Jadi nak dapat anak yang mendengar kata...
Hormat orang tua..
Terjaga solat dan ibadahnya..
Ibu bapa tolong mula dengan diri anda dahulu..

Semoga anak-anak generasi akan datang..
Sehebat Sultan Muhammad Al-Fatih..


@______________@
 ( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )

Wednesday, 19 June 2013

si cOmel kOala..


**بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."



Siapa tahu apa nama haiwan comel ni...
Jika tahu sila kembangkan hidung anda... ;p
Itu tanda anda bijak..
Yang tak tahu bukan tak bijak cuma tak sempat nak kenal je kan..



Haiwan comel ni..
Dikenali sebagai Koala..
Nama sainstifik dia Phascolarctos...
Bermaksud beruang yang memiliki kantung berwarna di hadapan perutnya ..

Kantung untuk melindungi dan keselesaan baby koala...
Macam Kanggroo...



Perkataan Koala berasal dari Bahasa Australia..
Bererti tidak minum...
Bukan bermakna tidak perlukan air..
Koala memperolehi air daripada makanannya..
Iaitu Daun Eucalyptus..



Ada pelbagai saiz dan warna bergantung kawasan penempatan Koala..
Di Selatan Australia yang bercuaca sejuk..
Koala berwarna kelabu dan besar..
Di Utara Australia ..
Berwarna keperangan dan lebih kecil...



Tumbesaran Koala di antara 24 hingga 34 inci..
Berat Koala jantan antara 8 hingga 12 kg...
Berat Koala betina antara 6 hingga 11 kg..
Jangka hayat Koala antara 12 hingga 15 tahun...



Koala ni haiwan yang pemalas...
Dah memang sifat dia..
Sebab hampir 20 jam digunakan untuk tidur dan rehat atas pokok a.k.a. Rumah Koala..
Dah makanan dari dedaun pokok..
Semestinya banyak masa dihabiskan atas pokok..



Koala tidak suke mengunjungi rumah pokok Koala yang lain..
Kecuali musim mengawan..
Iaitu antara bulan Disember hingga Mac..



Koala menggunakan kaki dan tangan untuk bergerak..
Tapi pergerakannya lambat..
Akibatnya menjadi mangsa kepada..
Anjing, Musang..
dan kenderaan ketika melintas..



cOmel kan..
Sebab comel...sampai pernah pesan kat kawan belikan..
hahahaaa..

@______________@
 ( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )

Monday, 10 June 2013

mArhaban ya sYa'ban


**بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."



Dari Aisysh r.a katanya :

"Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira 
bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka
sehingga kami mengira baginda akan berbuka terus.
Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan
penuh kecuali pada bulan Ramadhan.
Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan
yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Sya'ban" 


@______________@
 ( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )

Tangisan air mata..


**بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."

Manik-manik kecil gugur dari kelopak mata..
Membawa rasa dijiwa..
Fitrah yang dikurniakan oleh Yang Maha Esa...
Punya banyak rahsianya..



Ibnul Qayyim menjelaskan terdapat 10 jenis tangisan, antaranya :

* menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
* menangis kerana rasa takut.
* menangis kerana cinta.
* menangis kerana gembira.
* menangis kerana menghadapi penderitaan.
* menangis kerana terlalu sedih.
* menangis kerana terasa hina dan lemah.
* menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
* menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
* menangis orang munafik yakni pura-pura menangis.

Sabda Rasulullah SAW : 

"Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya
dari api neraka. Dan apabila airmatanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan 
dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka
kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan 
kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."




@______________@
 ( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )

Friday, 31 May 2013

Sebaik-baik raja..



***بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."

Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq,

"...Konstantinopel (kini Istanbul) akan 
jatuh ke tangan tentera Islam. 
Rajanya adalah sebaik-baik raja, 
tenteranya adalah sebaik-baik tentera..."

 (Hadis riwayat Imam Ahmad)

l


@______________@
 ( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )



Saturday, 13 April 2013

Kerana Kasih mereka.. Emak Abah..

***بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."

Siapa kita? Bagaimana kita boleh ada di muka bumi ini? Hamba Allah mana lah yang sanggup menumpahkan darah hanya untuk kita? Yang sanggup melayan kerenah untuk membesarkan kita? Tangan siapalah yang menyuapkan makanan ke mulut kecil kita suatu ketika dahulu? Dan Tangan siapalah yang sanggup menepok mendodoikan kita sewaktu kita tidur?  Yang sanggup menadah muntah dan merawat kita ketika kita sakit? Tubuh siapalah juga yang sanggup memeluk kita ketika kita dalam kesedihan? Siapa.. Siapa..dan Siapa... Kita lupa???

Dengan mudah ye kita lupa.. Kejam betul kita rupanya.. Tidak salahlah jika kita dikatakan seperti " Kacang lupa kan, Kulitnya".. Eh, Kenapa pula tidak boleh??? Bukan ke kita memang sebegitu rupa.. Sudah habis madu, sepah dibuang merata-rata.. Lupa ye kita.. Mari kita kenang kembali.. Siapa mereka itu..

Pertemuan dua jiwa dan rasa antara jejaka dan gadis atas ikatkan pernikahan yang halal lagi menghalalkan. Perkosingan hidup antara dua jiwa itu yang mendambakan rahmat Allah dengan memberikan hadiah dinantikan atas perkosingan itu. Apabila berita kewujudan satu nyawa lain di rahim si perempuan yang dipanggil anak, pastinya dua jiwa itu bergembira kerana mereka bakal menjadi ibu dan ayah. Bermulalah detik itu si anak dijaga dengan penuh kasih sayang dengan harapan lahirnya seorang khalifah terulung membela agama, bangsa dan negara.

Itu baru mukadimah kewujudan kita daripada rahmat Allah.. Masih ingat-ingat lupe..  Sedarlah kita bahawa setiap dari kita lahir dari rahim seorang wanita yang kita gelar ibu, mama, emak, ummi atau apa sahaja yang mewakili gelar seseorang yang sanggup menumpahkan darah dan yang sanggup mempertaruhkan nyawa hanya untuk melahirkan kita ke dunia ini. Lahirnya kita diiringi laungan azan dan iqamat oleh si ayah dengan doa agar dijauhkan kita dari gangguan syaitan laknatullah.


Gambar : Nakalnya..

Lahirnya kita adalah hasil kasih sayang antara dua orang insan yang Allah berikan amanah yang merupakan tanggungjawab kepada mereka, namun bagi mereka itu hadiah yang tidak ternilai yang akan mereka jaga sebaik mungkin. Allah terbitkan rasa cinta dan kasih dalam hati mereka untuk kita si anak. Yang pasti terlalu banyak yang mereka lakukan untuk mendidik kita supaya menjadi insan yang berguna pastinya untuk agama, bangsa dan negara.

Semakin dewasa kita semakin lupa akan jasa-jasa dan pengorbanan mereka. Kita sering memberi alasan kesibukan sehinggakan terlupa bertanyakan khabar berita mereka. Tapi sesuatu yang menjengkelkan apabila kita tidak lupa untuk bertanyakan khabar buah hati kita dalam setiap minit. Apa alasan kita lupa lagi ye.. Kita sama.. Lupa sahaja kita ni ye.. Sudah tua la kita ni, mengalahkan ibu bapa kita sendiri..

Gambar: Lihatlah betapa gembiranya ibu ayah kita

Mari kita sama-sama ingatkan diri kita supaya tidak lupakan akan jasa-jasa dan pengorbanan mereka. Ini perintah dan suruhan  bukan dari sesiapa tetapi dari Maha Pencipta kita yang wajib kita patuhi melalui firman-Nya :



A023



Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).




A024


Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."

(Surah al-Israa', ayat 23-24)



Lihat betapa Allah memuliakan insan bernama ibu ayah ini, sehinggakan berkata 'ha' itu pun dilarang sama sekali. Macam mana rasa anda, nak pengsan, rasa nak menangis berguling-guling? Rasa berdosa yang tidak terhingga. Iya kita sama, suatu perasaan yang tidak dapat diungkapkan dengan perkataan. Terlalu banyak yang kita lakukan sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja telah menguris perasaan insan mulia bernama ibu dan ayah kita. Kejam kan kita.

Kesusahan dan kepayahan mereka membesarkan kita sehingga kadang kala mereka sanggup mengikat perut semata-mata mahu melihat kita membesar dengan sihat dan mempenuhi keperluan hidup kita, Dan bila  kita dewasa sedikit sudah pandai berkata-kata, sehingga kan kita sanggup mengeluarkan kata-kata yang menguris perasaan mereka tanpa melihat pengorbanan mereka.

Itu belum lagi anak-anak yang sudah sanggup memukul ibu bapa sendiri gara-gara kehendak mereka tidak dipenuhi. Subhanallah.. Lihatlah betapa derhakanya kita ini. Tubuh yang suatu ketika dahulu menjaga, membelai kita tapi kini sanggup kita cederakan mereka sehingga luka parah. Betapa parahnya luka yang mereka alami secara fizikalnya, lagi parah dan berdarah luka di hati mereka. Luka di mata pasti akan sembuh  tetapi luka di hati mereka meninggalkan kesan yang mendalam, mungkin tidak akan sembuh. 

Kejam ? Zalim? Kacang lupa kan kulit ? Anak derhaka ? Iya itu la kita.. Oh.. Maaf anda tidak begitu kan, pastinya anda anak-anak yang baik yang tahu menghormati dan menghargai segala penat lelah ibu bapa kita.

Ini realiti untuk kita sama-sama renungi, peristiwa yang pernah terjadi di negara yang kita cintai. Semoga ianya menjadi teladan kepada kita sebagai hamba yang Maha Esa dan insan bernama anak..

Sumber : Harian Metro

Sumber : Harian Metro


 @______________@
 ( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )

Tuesday, 9 April 2013

politik @ politikus ??

***بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."



Semakin hampir dengan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13, semakin meruncing perbalahan di antara pelbagai pihak dalam memperjuangkan idelogi mereka. Timbul tanda tanya ini kah tujuan PRU diadakan dan perlukah situasi ini berlaku. Dalam abad ke-21 ini, majoriti ahli politik adalah golongan cerdik pandai, cendikiawan dan para ulama yang pakar dalam bidang masing yang mana dihormati serta dikagumi oleh masyarakat kerana ilmu yang mereka miliki. Yang mana mereka ini umpama pepatah 'jauhari juga yang mengenal manikan'. 

Tapi sungguh menyedihkan lihat sahaja di dada akhbar penuh dengan laporan caci maki, hina menghina., kafir mengkafir. Malu saya mahu membacanya.. Kalau masyarakat agama lain mungkin boleh diterima juga tapi sesama bangsa MELAYU lagi beragama ISLAM yang syumul ini..



Ya Allah..Allah.. Allah... 
Subahanallah.. Subahanallah...Subahanallah....
Masyallah... Masyallah.. Masyallah...



Apa sudah jadi dengan politik Malayasia? Ibarat ahli-ahli nya seperti golongan yang tidak berilmu, tidak bertamadun. Hilang sudah rasa hormat-menghormati, hilang sudah rasa malu dalam diri, ke mana hilangnya akhlak mulia, budi bahasa dan adab ketimuran yang disanjugn selama ini. Hilang sudah IMAN di hati...

Lagi memeritkan kemana hilangnya harga diri seorang umat islam yang mengakui beriman. Sayang sungguh, hanya kerana idelogi anda berbalahan, sehingga anda lupa tidak yang lebih berkuasa selain daripada Allah azza wa jalla. Bukan kehidupan dunia pengakhirannya, saya yakin semua tahu akan fakta ni, jadi mengapa ideologi politik membawa kepada kehancuran bukanya kemakmuran.

Jika Nabi Muhammad s.a.w masih hidup pastinya baginda sedih melihat akan kerakusan umatnya yang berbalah dan berpecah belah hanya kerana idelogi yang berbeza itu.

Saya budak baru belajar, tapi jika ini ajaran yang anda semua hidangkan. Jangan anda marah jika suatu hari nanti kami anak-anak cucu anda berkelakuan lebih teruk daripada ini.

Hidangkan lah kepada tunjuk ajar yang indah dan berakhlak seperti yang diajari oleh junjungan besar Rasulullah s.a.w.. Tunjuki lah kami akhlak baginda yang indah itu, pimpinlah kami dalam memperjuangkan agama islam yang indah ini..

Firman Allah s.w.t :

" Sebenarnya semua orang yang beriman itu bersaudara, 
maka damaikan antara dua saudara kamu (yang berpecah) itu,
dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat" -   Surah Al-Hujurat, 10


لاَ إِلَهَ إِلَّاالله
"Tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah"


p/s: Hilang sudah semangat undi mengundi untuk
      pertama kalinya.. 
      Bangkitlah dan sedarlah wahai saudara seagamaku..


@______________@
                                                 ( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )

Wednesday, 3 April 2013

Pasar


***بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."


Kalau sebut je pasar maka, pelbagai imaginasi tentang pasar yang akan tergambar... Nampak orang jual beli..Nampak la mak cik, pak cik sibuk beli sayur beli bawang dan beraneka lagi barang keperluan. Yang kakak tak kurang sibuk memilih tudung mudung, baju peplum yang trendy katanya,..ops jangan marah..

sekadar gambar hiasan...xda kaitan yang masih hidup atau pun telah mati...^_^..


Itu baru mak cik-mak, pak cik-pak cik, kakak-kakak... Kalau adik-adik yang pergi adoi...hai.. macam-macam ragam boleh tengok.. Siap datang ber'couple-couple' lagi.. Cewah nak bagi tahu yang dorang tu cun la, paling macho sebab dah ada pasangan.. Okey mesti nak cakap jeles kan..hahaha.. Bukan apa cuma sekadar peringatan kepada semua dan untuk diri sendiri juga... Kalau betul dah bersedia secara spiritual dan rohaniah boleh la terus kahwin je.. Elakkan lah ber'couple' ikut lah seperti yang diperintah Allah s.w.t.. Insyallah semuanya indah belaka..




sekadar gambar hiasan...xda kaitan yang masih hidup atau pun telah mati...^_^..



Itu satu bab belum lagi bab berpakaian ya allah 'daring' habis.. Subahanallah.. Ditegur salah tak ditegur pun salah.. semua serba salah.. Bila ditegur ni jawapan 'Jangan tengok kalau xsuke'.. eh..eh.. Ingat kita suka-suka nak tengok k..yang dia gi tayang buat apa.. lagi satu kalau xtengok nak lihat jalan macam mana..karang lain pula yang di pegang..kan lagi bahaya.. Tolong la pakai pakaian yang molek sikit.. tutup aurat anda, sayang di dedahkan sebegitu... Umpama makanan yang terdedah, pasti di kerumun lalat dan serangga berpenyakit.. Macam itu lah juga kita..nampak vouge tapi cuma dalam kalangan 'serangga pembawa penyakit'...

Inilah antara alasan mengapa tak berapa suke pergi pasar terutama pasar malam.. Itu baru pandangan mata.. Belum lagi reaksi tubuh.. dengan sesaknye.. berlaga pipi la.. eh.. ^_^.. walaupun tak sengaja tetapi mengundang rasa tak selesa.. macam nak p marah je..  nak cakap "tolong la bagi laluan tak nampak k orang nak lalu"..hahaha.. dah macam YB lak.. Daripada macam itu lebih baik tak payah pergi.. Kalau pergi pun pergi la awal-awal masa orang tak ramai lagi..

Yang penting xyah pergi kalau xda keperluan.. Save duit.. elak pembaziran.. elak dosa.. kira semua elak-elak la..


                                                              @______________@
                                                 ( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )