mEnara tInjau..

Tuesday, 9 April 2013

politik @ politikus ??

***بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."



Semakin hampir dengan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13, semakin meruncing perbalahan di antara pelbagai pihak dalam memperjuangkan idelogi mereka. Timbul tanda tanya ini kah tujuan PRU diadakan dan perlukah situasi ini berlaku. Dalam abad ke-21 ini, majoriti ahli politik adalah golongan cerdik pandai, cendikiawan dan para ulama yang pakar dalam bidang masing yang mana dihormati serta dikagumi oleh masyarakat kerana ilmu yang mereka miliki. Yang mana mereka ini umpama pepatah 'jauhari juga yang mengenal manikan'. 

Tapi sungguh menyedihkan lihat sahaja di dada akhbar penuh dengan laporan caci maki, hina menghina., kafir mengkafir. Malu saya mahu membacanya.. Kalau masyarakat agama lain mungkin boleh diterima juga tapi sesama bangsa MELAYU lagi beragama ISLAM yang syumul ini..



Ya Allah..Allah.. Allah... 
Subahanallah.. Subahanallah...Subahanallah....
Masyallah... Masyallah.. Masyallah...



Apa sudah jadi dengan politik Malayasia? Ibarat ahli-ahli nya seperti golongan yang tidak berilmu, tidak bertamadun. Hilang sudah rasa hormat-menghormati, hilang sudah rasa malu dalam diri, ke mana hilangnya akhlak mulia, budi bahasa dan adab ketimuran yang disanjugn selama ini. Hilang sudah IMAN di hati...

Lagi memeritkan kemana hilangnya harga diri seorang umat islam yang mengakui beriman. Sayang sungguh, hanya kerana idelogi anda berbalahan, sehingga anda lupa tidak yang lebih berkuasa selain daripada Allah azza wa jalla. Bukan kehidupan dunia pengakhirannya, saya yakin semua tahu akan fakta ni, jadi mengapa ideologi politik membawa kepada kehancuran bukanya kemakmuran.

Jika Nabi Muhammad s.a.w masih hidup pastinya baginda sedih melihat akan kerakusan umatnya yang berbalah dan berpecah belah hanya kerana idelogi yang berbeza itu.

Saya budak baru belajar, tapi jika ini ajaran yang anda semua hidangkan. Jangan anda marah jika suatu hari nanti kami anak-anak cucu anda berkelakuan lebih teruk daripada ini.

Hidangkan lah kepada tunjuk ajar yang indah dan berakhlak seperti yang diajari oleh junjungan besar Rasulullah s.a.w.. Tunjuki lah kami akhlak baginda yang indah itu, pimpinlah kami dalam memperjuangkan agama islam yang indah ini..

Firman Allah s.w.t :

" Sebenarnya semua orang yang beriman itu bersaudara, 
maka damaikan antara dua saudara kamu (yang berpecah) itu,
dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat" -   Surah Al-Hujurat, 10


لاَ إِلَهَ إِلَّاالله
"Tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah"


p/s: Hilang sudah semangat undi mengundi untuk
      pertama kalinya.. 
      Bangkitlah dan sedarlah wahai saudara seagamaku..


@______________@
                                                 ( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )

No comments:

Post a Comment