mEnara tInjau..

Showing posts with label Buku Pilihan... Show all posts
Showing posts with label Buku Pilihan... Show all posts

Saturday, 1 June 2013

Muhammad Al-fateh - Penakluk Konstantinopel


***بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."

"Tidaklah kami pernah melihat ataupun
 mendengar hal ajaib seperti ini. 
Muhammad Al-Fateh sudah menukar 
darat menjadi lautan, 
melayarkan kapalnya di puncak gunung dan 
bukannya di ombak lautan.
 Sesungguhnya Muhammad Al-Fateh 
dengan usahanya ini telah 
mengatasi Alexander The Great"

-Ahli Sejarah Byzantine-


sumber : en google @_@

27 Rejab 835 Hijrah / 29 Mac 1423 M 

Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan. 

Usia 19 Tahun

Telah dilantik menaiki takhta menggantikan Sultan Murad, ayahandanya.
Menjadikan Adrianopel (Adana) sebagai pusat pemerintahan bagi memudahkan
cita-citanya menawan Konstantinopel.

Usia 21 Tahun

Berjaya menakluk Konstantinopel pada Mei 1453
bersamaan 20 Jamadil awal 857 Hijrah.


Kota Konstantinopel atau kini dikenali sebagai Istanbul. 
Terletak di sempadan antara benua Eropah dengan Asia.
Dihubungkan oleh Selat Bosphorus.

credit :Aku Sebutir Pasir untuk map ni ^_^

Kota Konstantinopel pernah cuba ditakluk oleh 
bangsa Gothik, Parsi, Bulgaris dan Rusia 
tetapi tidak berjaya.

Umat Islam juga berusaha menawan kota tersebut 
kerana yakin dan percaya dengan hadis Rasulullah SAW
 yang mengatakan Kota Konstantinopel akan 
ditawan oleh orang Islam.

Setelah lebihg 800 tahun hadis itu diucapkan oleh
Rasulullah SAW barulah menjadi kenyataan.
Pernah seorang sahabat Rasulullah SAW,
bernama Abu Ayyub Al-Anshari RA gugur syahid 
lalu dikebumikan di sisi benteng Konstantinopel.

Sultan Muhammad Al-Fateh sejak dalam buaian lagi 
sudah diisyarakan bakal mencipta sejarah
oleh seorang alaim, Syeikh Syamsuddin Al Wali.
Beliau pernah berkata kepada Sultan Murad :

" Wahai Sultan Murad, bukan tuanku yang akan
membebaskan Kota Konstantinopel, tetapi anak
yang dalam buaian itu".

Sejak itu Muhammad Al-Fatehdilatih hidup
sederhana, dididik dengan ilmu agama
dan ilmu peperangan. Beliau membesar
sebagai pemuda yang tampan.
Bentuk badannya tegap, kuat dan tinggi.
Pipinya putih kemereh-merahan dan hidungnya mancung.

Ketika menaiki takhta baginda sudah 
arif dengan tipu helah musuh. Pernah Maharaja
Konstantinopel mengirim guru-guru terbaik
untuk mendidiknya tentang adab dan adat
istiadat kehidupan raja-raja,
tetapi beliau menolaknya lalu 
menyuruh guru-guru tersebut pulang.

Kemudian baginda membina benteng
yang dinamakan Rumeli Hisarri yang bermaksud
benteng ornag-orang Rom.
baginda sendiri membuka baju dan serbannya,
mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama
dan menteri-menteri terpaksa ikut serta.

Sultan Muhammad Al-Fateh menukar
nama Kota Konstantinopel kepada Istanbul
lalu menjadikannya sebagai ibu kota.

Kemudian beliau menakluk Serbia pada tahun 1460
dan Bosnia pada tahaun 1462.
Seterusnya Sultan Muhammad Al-Fateh menakluk
Italia, Hungari dan Jerman.
Ketika berada dikemuncak kegemilangnya,
Sultan Muhammad Al-fateh memerintah
25 buah negeri.

Beliau kemudian membuat persiapan
menakluk Rhodesia tetapi meninggal dunia
kerana diracun oleh seorang Tahudi bernama
Maesto Jakopa.

3 Mei 1481

Baginda meninggal dunia pada usia 49 tahun.



Penulis: Abdul Latip Talib
Terbitan : PTS
Harga : RM15.00 je..^_^

: Rugi kalau tak baca dan jadikan koleksi :

@______________@
 ( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )


Wednesday, 10 April 2013

Kepahitan yang manis

***بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."


Pada suatu hari, seorang kaya telah menerima sebiji buah tembikai pemberian daripada tetamunya. Kemudian tuan itu memanggil Luqman iaitu hambanya yang paling patuh dan takut padanya serta hamba yang paling dia sayangi. Sebaik Luqman tiba, tuan itu memotong sebahagian tembikai dan memberikannya kepada Luqman.

Lalu Luqman pun memakan tembikai tersebut dengan penuh rasa kelazatan. Terpancar kenikmatan daripada wajahnya itu. Lalu, tuan itu memberikannya sebahagian lagi kerana seronok melihat hamaba kesayangannya itu sedang menikmati buah pemberiannya.

Luqman menerimanya dan memakannya lagi dengan senyuman dan keikhlasan. Tuan tadi terus memotong dan memberi buah tembikai itu kepada Luqman sehinggalah hanya tinggal satu bahagian  lagi. Kemudian tuan tadi berkata "Biar saya pula yang memakan sebahagian yang tinggal ini untuk merasa betapa manis dan sedapnya tembikai yang kamu makan itu."

Sebaik sahaja si tuan tadi mengigit buah itu, terpancar satu rasa kepahitannya teramat sangat. Lidahnya terasa pahit dan tekaknya mula terasa loya. Dia hampir pengsan dek kerana kepahitan buah tembakai tersebut.

"Bagaimana kamu memakan sepahit racun ini ibarat kamu sedang memakan manisan yang sangat lazat? Betapa tingginya kesabaran kamu? Hanya Allah SWT sahaja yanag tahu betapa seksanya kepahitan yang kamu tanggung sebentar tadi. Mengapa kamu tidak berkata apa-apa? Dan kenapa kamu tidak berterus terang sahaja kepada saya tentang kepahitan buah ini?" soal si kaya tadi.

Gambar : Tembikai


Luqman menjawab, "Saya sudah memakan banyak hidangan yang sedap-sedap daripada tangan tuan, wahai tuanku yang tercinta, tuan telah memberikan saya pelbagai kelazatan dan kesenangan serta kurnia yang banyak yang telah membuatkan saya malu kepada tuan kerana tidak mungkin mampu membalasnya.

"Jadi bagaimana mungkin saya semudah itu ingin berkata buah itu pahit, saya tidak boleh memakannya, sedangkan ia juga daripada tangan tuan? Malah, sepahit mana pun sesuatu yang tuan berikan, semuanya terasa sangat manis bagi saya kerana setiap zarah dalam tubuh saya ini subur kerana kasih sayang daripada tuan. Bagaimana mungkin suatu rasa daripada tangan tuan yang pemurah ini, mengalirkan rasa pahit ke dalam diri saya?"

Demikianlah rasa kasih, hormat, taat dan takut seorang hamba kepada tuannya. Begitu juga kita manusia, sebagai hamba kepada Allah SWT. Allah SWT telah memberi kepada kita hidup ini. Hidup kita tidak lekang daripada rezeki, tidak sunyi daripada senyuman dan tidak sepi daripada kejutan yang menggembirakan.

Bagaimana mudah kita menuding jari kepada Allah SWT apabila diberi sedikit ujian? Bayangkan dalam sehari ada 24 jam, mengapa kerana 20 minit dari waktu itu Allah jadikan hujan, kita mengeluh kerana terhalang daripada melakukan pelbagai aktiviti harian.

Cuba kita renungkan hakikat tersebut kerana kasih sayang dan cinta yang mendalam, tembikai yang pahit boleh terasa manis begitulah kehidupan ini. Seandainya mendalam dan kukuhnya cinta dan kasih kepada-Nya, nescaya setiap dugaan yang menimpa dirasakan manis. Malah tidak wujud sama sekali istilah pengalaman pahit dalam hidup ini kerana setiap pengalaman itu adalah takdir Allah SWT.


*Olahan daripada buku Bertanya Tentang Tuhan
  Penulis : Ibnu Rijal
  Terbitan : Mustread Sdn Bhd


@______________@
( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )