mEnara tInjau..

Saturday 4 May 2013

Jangan Merajuk dengan Allah SWT..


***بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."

Hidup ini penuh dengan warna-warni. Ada kalanya terang, kadang-kadang pula suram. Apabila mengalami saat-saat manis, dunia ini seolah-olah kita yang punya. Tika itu hanya senyuman terukir di bibir. Namun manis lawannya pahit. Tidak lamanya kita akan merasai kemanisan. Sampai ketikanya, akan terpalit walau sedikit kepahitan dalam hidup. Pahit itulah sebenarnya cabaran Allah SWT buat kita hamba-Nya.

Cabaran dan halangan yang dilalui oleh setiap khalifah Allah SWT di muka bumi adalah untuk Allah SWT menguji tahap kemantapan iman kita kepada-Nya. Adakah kita kan berputus asa dengan ujian tersebut ataupun kita menjadi seorang yang tabah dan redha dalam melalui setiap detik getir yang diberikan.

Kadangkala kehilafan yang dilalui oleh kita berpunca daripada diri kita sendiri. Oleh itu jika ditimpa musibah, bersyukurlah dan lafazkanlah alhamdulillah.. Semakin banyak ujian yang diterima, itu tandanya Allah SWT makin mengasihi kita.

Tentunya kita sebagai manusia selalu tidak sabar dengan ujian yang diberikan. Pernah atau tidak kita bertanya pada diri sendiri, kenapa semua ini terjadi?

Setiap kali diuji, ramai yang menganggap Allah melupakan kita, sedangkan Allah itu maha Mengetahui perancangan seterusnya.

Allag SWT tidak zalim. Allah tidak sekali pun berhenti daripada memandang kita dengan pandangan rahmat kerana  di sisi-Nya, pintu kemapunan terbuka seluas-luasnya. Segala yang dilakukan pasti ada sebabnya. Allah memberi masa yang panjang untuk kita berubah. Dan itu juga adalah ruang untuk manusia bertaubat. Bagaimana caranya? Ayuh kita berusaha..

Buang Sikap Risau

Ada dua kesan gara-gara risau. 
Pertama, kita kan terus ditimpa masalah
dan musibah tanpa kita pinta.
Kedua, ia akan memberi kesan
kepada fizikal dan mental. Sikap
risau ini akan mendatangkan perasaan takut,
kecewa dan sedih. Sekali gus memberi kesan
kepada kesihatan. Untuk membuang
sikap risau, belajarlah untuk bertenang
dan melatih untuk mengawal keadaan diri.


Belajar Bersyukur

Ucap syukur kepada semuanya, apa saja!
Ucapan syukur ini akan memberi 
ketenangan kepada hati. Seseorang
 yang selalu mengamalkan ucapan syukur ini
kebiasaannya akan tenang
menghadapi setiap situasi dan akan
redha dengan segala dugaan yang dihadapinya.


Belajar Jadi Pemaaf

Sikap pemaaf akan membuatkan hati
kita terlepas dari sikap-sikap yang 
buruk seperti dengki, bersangka buruk,
pemarah, cemburu dan sebagainya.
Ia juga akan meneutralkan 
gelombang negatif yang berada di dalam
otak kita.


Ketawa

Mengikut kajian sains, ketawa dapat 
menyembuhkan pelbagai penyakit 
jika dibuat mengikut kesesuaiannya.
Ketawa juga dapat menghindarkan
kita dari masalah yang berlaku dan
kadang kala mempositifkan fikiran.
Jadi, ketawalah dengan ikhlas dan
bukan dibuat-buat. Namun awas,
ketawa yang berlebihan 
membuat kita 
berdamping dengan syaitan.


Hati Mesti 'Keras'

Maksud hati keras di sini bukanlah
bermakna kita mempunyai hati tetap
dan tidak boleh diubah-ubah atau
pentingkan diri.
Maksud di sini adalah hati
yang mempunyai kesabaran yang tinggi, 
pandai mengawal emosi dan
menerima hakikat dengan hati 
yang terbuka. Allah menurunkan 
dugaan bertujuan menghapus
dosa kita yang lampau.



Sepatutnya kita rasa bersyukur kerana dosa kita dibalas di dunia dan bukan di akhirat yang sudah tentu lebih teruk azabnya. Ingatlah setiap dugaan itu, tanda Allah sayang pada kita. Sifat manusia akan ingat Allah apabila berlaku kesusahan. Maka dengan dugaan yang di beri, Allah ingin kita mengingati-Nya. Itulah tanda Allah sayang kepada kita. Allah tidak zalim kepada hamba-Nya tapi hamba-Nya saja yang sentiasa menzalimi diri sendiri.



Sumber : Al-Islam (April 2013)


@______________@
 ( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )

Bukan siapa-siapa...



***بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."


Aku hanya pencacai hina..
Di lorong..lohong dunia..
Tercari-cari,
Teraba-raba..

Perit sakit..
Pedih akan memendam rasa ini..
Rindu akan cahaya-Nya..
Rindu akan dakapan Kekasih-Nya..

Bukan intan permata aku dambakan..
Tapi hanya rasa cinta pada-Nya..
Tunjuki aku jalan yang lurus..
Jalan-jalan yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka..
Bukan jalan mereka yang Engkau murkai..
Bukan juga jalan mereka yang sesat..

Aku minta tunjuk ajar..
Aku minta bimbingan untuk mengenal Yang Maha Esa..
Tapi aku lupa...
Mohon pada Maha Pencipta..
Segala hanya pada -Nya..
Tiada guna memohon pada manusia..
Kerana ilmu mereka milik yang Maha Esa..

Ingatkanlah aku Ya Allah..
Jangan meminta pada manusia..
Tapi pada Engkau Maha Kuasa..



@______________@
 ( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )

Wednesday 1 May 2013

Golongan yang sesuatu ..ini terjemahan sendiri..



***بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."

Susah ke nak berfikir.. Guna lah akal yang diberi bukan guna otak yang tak berakal.. Bezakan..akal dengan otak tak berakal..kosong..kosong..kosong... Tak salah bila berfikir meletakkan diri kita sama dengan manusia lain.. Tak berdosa pun..Tambah lagi diberi pahala atas sifat ihsan kita tu.. Tak rugi pun malah bertambah-tambah.. Ini lah realiti yang sukar dihadam oleh akal ..

1) Golongan yang sempurna - 

Kerana terlalu bijak semua nak sempurna
Mahukan kesempurnaan pihak lain sedangkan tiada 
Yang sempurna termasuklah diri sendiri ... 


2) Golongan kata "membantu"

Cakap je nak membantu..
Bila panggil cabut macam hantu..
Hilang je..
Retorik pengucapan kalah PM
Berjanji bagai-bagai..
Tapi bila dituntut lari macam kena tibai..


3) Golongan yang diberi kuasa ... 

Kuasa atas kecemerlangan akademik
Atas usaha sendiri kononnya..
Lupa orang bawahan lupa kuli yang diarah-arah
Memerintah kalah Hilter..
Tak pernah pikir macam mana kuli bekerja..
Kerah tenaga macam robot yang buat kerja..
Cuba pikir apa jadi pada manusia..
Kalau robot pun mesti dah meletop..


4) Golongan ilmuwan

Ada ilmu  + kuasa ..
Jadi manusia lagak macam dunia dia punye..
Macam dia saja layak hidup kat bumi ni..
Tindas manusia ikut suka rasa je..
Kalau susah minta tolong orang bawah..
Bila mengamuk Tak kisah perasaan orang bawah..
Maki sesuka hati..
Bila nak, puji bagai-bagai.


5) Golongan kedekut

Bukan minta harta benda..
Minta di beri tunjuk ajar..
Ilmu dikurniakan untuk dikongsi..
Bukan disimpan dalam almari..
Kedekut sangat..lupa ke..
Ilmu itu Allah SWT yang punye..
Jangan berlagak dengan ilmu yang diberi..
Bila-bila sahaja akan diambil semula..



Reason nya mudah je .. 
Hanya Allah SWT yang paling sempurna ..
Complete..
Jadi tolong la fikir guna akal 
Jangan guna otak yang tak berakal..



@______________@
 ( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )

Segmen : Saya Nak Header Free by Cik Sherry


***بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."




"Saya nak header free dari Blog Gadis Berbaju Kurung kerana 
saya tak pandai buat lagi, baru nak belajar..
 jadi kalau dapat free untung la.. ;p "


@_____________@
 ( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )

Segmen Bloglist Mei & Jun by Aenn Athirah



***بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."




Aenn Athirah buat segmen untuk bloglist Mei & Jun..
Jadi....jangan tunggu lama-lama nanti rugi..
Segmen tamat pada 5 Mei 2013 , 11.59 malam..
Syarat-syarat mudah je..
Klik pada Banner..
Jom join...


@_____________@
 ( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )

May Bloglist for DJH.. ;)


***بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."


Hari yang gelap kini sudah terang..la la la..
Cewah..ha ha ha.. ;)
Pagi-pagi la dah nyanyi kan...
Mood happy sangat..
1st nak mood nak balik kampung..
2nd dapat jadi pemenang segmen bloglist Mei by DJH..
Dan secara automatik menjadi bloglist Mei untuk Diari Jejaka Hangat..
Tak sangka..
Sebab baru la dalam dunia blog ni..
Tak sangka dapat 'support' dari otai-otai..
Walaweh..korang memang hebat la..
Thanks for support..
Xie xie.. 


Suke gilerrrrrrr,, ;)



@_____________@
 ( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )

Tuesday 30 April 2013

Segmen : Blog Paly ajak masuk bloglist



***بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."


Segmen tambah kenalan untuk hari ini..

.. 
Jom join.. ;)




@_____________@
 ( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )

Siapa 12 barisan di akhirat?


***بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."



Suatu ketika Muaz bin Jabal R.A menghadap Rasulullah S.A.W dan bertanya  "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai Firman Allah SWT, "Pada saat sangka kala ditiup maka kamu sekalian datang berbaris-baris." Surat An-Naba', ayat 18.

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab, " Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada akau, perkara yang maat besar, bahawa umatku akan diiringi, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri..." Maka ditanyakan apakah 12 barisan tersebut :-


BARISAN PERTAMA

Sebagaimana seruan Allah SWT yang berbunyi, 
" Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu 
hidupnya menyakiti hati jirannya, maka 
demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka 
adalah neraka..." Hal yang demikian menyebabkan
kesemua mereka yang berada
di barisan pertama ini akan diiring
dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki..


BARISAN KEDUA

Manakala golongan yang menduduki barisan
kedua pula diiring dari kubur berbentuk babi hutan.
Datanglah suara dari sisi Allah, 
"Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya
meringan-ringankan solat, maka 
inilah balasannya dan tempat kembali 
mereka adalah neraka.."


BARISAN KETIGA

Tidak kurang juga mereka yang menduduki
barisan ketiga, mereka berbentuk keldai,
sedangkan perut mereka penuh dengan ular
dan kala jengking." Mereka itu adalah orang yang 
enggan membayar zakat, maka
inilah balasannya dan tempat 
kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KEEMPAT

Bagaimana pula dengan barisan keempat?
Mereka diiring dari kubur dengan keadaan
mereka berdarah. " Mereka itu adalah
orang yang berdarah seperti air pancutan
keluar dari mulut berdusta di dalam
jual beli, maka inilah balasannya
dan tempat mereka adalah neraka..."


BARISAN KELIMA

Kemudian diiring pula keluar dari kubur
dengan bau busuk seperti bangkai. 
Ketika itu Allah SWT menurunkan angin
sehingga bau busuk itu menggangu ketenteraman
di Padang Mahsyar. " Mereka itu adalah orang
yang menyembunyikan perlakuan derhaka 
takut diketahui oleh manusia tetapi tidak 
pula rasa takut kepada Allah SWT, maka
inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka..."



BARISAN KEENAM


Diiring dari kubur dengan keadaan kepala
mereka terputus dari badan. Mereka
adalah orang yang menjadi saksi
palsu, maka inilah balasannya dan tempat
kembali mereka adalah neraka..."




BARISAN KETUJUH


Diiring dari kubur tanpa mempunyai
lidah tetapi dari mulut mereka mengalir
keluar nanah dan darah. " Mereka itu
adalah orang yang enggan memberi kesaksian
di atas kebenaran, maka inilah
balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka..."



BARISAN KELAPAN


Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik
dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.
"Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka
inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka..."



BARISAN KESEMBILAN

Diiring dari kubur dengan berwajah hitam
gelap dan bermata biru sementara
dalam diri mereka penuh dengan api 
gemuruh. " Mereka itu adalah orang yang
makan harta anak ayatim dengan cara tidak
sebenarnya, maka inilah balasannya dan
tempat kembali mereka adalah neraka..."




BARISAN KESEPULUH


Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh 
mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta.
" Mereka adalah orang yang derhaka kepada
 orang tuanya, maka inilah balasannya
dan tempat kembali mereka adalah neraka..."



BARISAN KESEBELAS


Diiring dari kubur dengan berkeadaan
buta mata-kepala, gigi mereka memanjang
seperti tanduk lembu jantan, bibir
mereka melebar sampai ke dada dan 
lidah mereka terjulur memanjang sampai
ke perut mereka dan kelaur
beraneka kotoran. " Mereka adalah orang
yang minum arak, maka inilah balasannya
dan tempat kembali mereka adalah neraka..."




BARISAN KEDUA BELAS


Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang
bersinar-sinar laksana bulan purnama.
Mereka melalui titian sirat seperti kilat.
Maka, datanglah suara dari sisi Allah SWT
Yang Maha Pengasih memaklumkan,
"Mereka adalah orang yang beramal
salih dan banyak berbuat baik.
Mereka menjauhi perbuatan derhakak, mereka
memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia
keadaan mereka sudah bertaubat, maka
inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah syurga, mendapat keampunan,
kasih sayang dan keredhaan Allah SWT
Yang Maha Pengasih...




** Yang mana pilihan kita.. Kita tidak sempurna tetapi sekurang-kurangnya 
kita berusaha untuk jadi yang terbaik di sisi  Allah SWT 
dan usaha ini pasti dinilai -Nya...
Buatlah pilihan yang terbaik.. Jom transform... 
Ini bukan kempen politik.. :) **


@______________@
 ( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )

Monday 29 April 2013

Mini Giveaway By NurulFHMT



***بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."






Tag kepada :


Jom join GA NurulFHMT...

@______________@
( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )

Segmen Sabtu By Emas Putih Part #4

***بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."


As-Salam


Hari ni nak buat segmen sabtu part #4 
Segmen ini akan berlangsung selama 2 hari bermula
27 April 2013 jam 11.59 PM - 29 April 2013 / 11:59 PM
( 2 hari sahaja )

Syarat :

1. Follow blog  :

2. Like fan page :


 3. Follow G+ kat bawah ni



3. PALING WAJIB copypaste coding entry  yang diberikan dibawah ini dan paste kan 
ke ruangan html post.   *kalau x faham sila ikut step dibawah*


Dah siap? Tinggalkan entry segmen anda di ruangan komen.

Hadiah : 

Top Referral
Topup RM10

Random
Topup RM5 x 9
Topup RM3 x 1

Selamat menjoinkan diri dalam Segmen Sabtu by Emas Putih Part #4 !!


@______________@
( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )


SEGMEN BLOGLIST MEI BY DJH




***بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."



Assalamualaikum...

Kenapa??Segmen ni bertujuan untuk update bloglist angah..Cer korang tgok..yg tinggal hanyalah BLOGLIST KEKAL...kalau dulu angah dah buat..untuk bulan MAC&APRIL..so kali ni angah nak buat untuk bulan MEI sahaja..


Syarat :

  • Copy Coding Entri bawah ni.Pastekan di entri anda.Publish,hantar link entry korang ke entri ni SAHAJA. 
  • Letakkan tajuk entri "Pencarian Bloglist Mei By DJH"

  • Itu je!!!!


 Senangkan?Macam mana angah pilih pemenang??Angah akan pilih semua yg join..tak kira berapa ramai..pastu..20 blogger terawal akan dapat hadiah istimewa...:D so korang nak join??
Inspirasi oleh MIA
Jom sama2 support rakan2 bloggers..




@______________@
 ( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )

Sunday 28 April 2013

Segmen #2 Bloglist 12 Jam Mialiana.com


***بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."





Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2013 di Mialiana.com bermula tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen #2 Bloglist 12 Jam Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...


@______________@
 ( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )