mEnara tInjau..

Thursday 20 June 2013

saya suka rumah saya..



**بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."

kenapa saya suke rumah saya ?
pernah tengok iklan ni..



sebab dia cantik sangat..
sebab ada ayah , umi, kakak, abang..

kenapa saya suka rumah saya..
sebab
saya suka kucing saya..
saya sayang kucing saya.......

situasi ni sama zaman teman kecil-kecil dulu..
"baiti jannati"
rumahku syurgaku..

rasa teman nak je kembali zaman kanak-kanak tu..
indah nye..
bila tengok anak-anak buah teman ..
simpati pada mereka..

tidak lagi kenal budaya..
tidak lagi kenal mainan tradisi..
lagi lucu bila tak kenal haiwan peliharaan ..
ada kambing di kata lembu..
ayam dikata kambing..
serius ni bukan kelentong tapi kejadian..

cuba tanya pada anak-anak..
tempat yang mereka suka..
mesti shoping complex..
padang futsal..

cuba pulak apa permainan kesukaan mereka..
pasti ini jawapan mereka..
angry bird..
huhuuu...



@______________@
 ( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )


please forgive us..


**بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."



bIla rindu bertemu..
pasti hujan membasahi ku..
ingin sekali aku kembali pada Mu..
biar sentiasa dalam dakapan mesra Mu
akan ku usaha agar Engkau reda akan diriku..

jagakan aku dalam lena.. 
dibuai parasit-parasit dunia...
leka dengan dibuai mimpi-mimpi indah..
sedarkanlah kami..
agar kami kembali kepada Mu...
dalam reda Mu...

@______________@
 ( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )


Wednesday 19 June 2013

Sumbang Mahram : Pergaulan antara mahram


**بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."

Sumbang Mahram adalah pencabulan seks / perhubungan seksual
 yang berlaku dalam kalangan anggota keluarga
atau muhrim / mahram.

Firman Allah SWT :

"Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan  (perempuan-perempuan yang berikut):
ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu,dan saudara-saudara kamu, 
dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu, 
dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, 
dan anak-anak saudara kamu yang perempuan,
 dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan saudara-
saudara susuan kamu, dan ibu-ibu isteri kamu, dan
anak-anak tiri yang dalam pemuliharaan kamu 
dari isteri-isteri yang kamu telah campuri ;
tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu 
(dan kamu telahpun menceraikan mereka), 
maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya).
Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri
anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu.
Dan diharamkan kamu menghimpunkan
dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu),
kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu.
Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani"

Surah al-Nisa , 23


Kisah yang berlaku dalam masyarakat kita zaman ini..

:: Sepasang suami isteri yang bekerja sebagai
pegawai kerajaan mempunyai dua orang anak,
seorang lelaki dan seorang perempuan.
Oleh kerana mereka dua beradik sahaja,
mereka sangat rapat. Adik perempuan sering pergi
ke bilik abang sejak kecil dan ibu bapa ini merasakan
ini perkara biasa. Umur mereka hanya beza satu tahun.

Suatu hari, anak perempuan mengadu sakit perut
dan bapa telah membawanya ke hospital.
Ketika itulah anak perempuan yang berusia 16 tahun
telah melahirkan anak. Bapanya
pengsan bila dimaklumkan khabar mengejutkan itu.

Apabila disoal siasat, rupanya dia
menjalin hubungan dengan abangnya.
Alasannya, tiada siapa yang melarang, apa lagi 
sering ditinggalkan oleh ibu bapa di rumah berdua. ::

Moralnya : 

Ibu bapa perlu menyatakan had atau batasan
pergaulan antara adik-beradik dan memaklumkan perbuatan
zina itu adalah dosa besar.

Pantauan dan selidik hubungan intim antara abang dan adik
dan jadikan ikhtibar melalui beberapa 
kes sumbang mahram yang telah berlaku.

Jangan beranggapan anak-anak yang tidak 
bergaul bebas di luar bebas daripada
 perbuatan zina.

Luangkan masa dengan keluarga..
Kekayaan dunia pasti di tinggalkan..
Bekalan akhirat sangat diperlukan..
Anak-anak bekalan akhirat yang pasti..
Jadi teguhkan bekalan akhirat melalui anak-anak..



@______________@
 ( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )

Penjajah Israel Meneruskan Pangasingan Tahanan Abu Sisi Sejak 2 Tahun


**بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."


18 Jun 2013

Keluarga tahanan Dirar Abu Sisi, 43 dari Semenanjung 
Gaza bimbnag tentang keselamatan
anak mereka yang berada dalam 
tahanan pengasingan di Penjara Eshel sejak 2 tahun yang lalu.

Isteri Abu Sisi memberitahu Pusat Kajian Tahanan 
dan Hak Asasi Manusia bahawa penjajah terus 
memindahkan suaminya dari satu penjara
 ke penjara lain walaupun keadaan kesihatannya yang
 semakin terjejas. Penjajah telah memindahkan
 dia sebanyak tiga kali daripada penjara 
Ashkelon ke Holikdar dan kemudiannya ke penjara Eshel.

Dia turut dimaklumkan kepada pusat berkenaan
 bahawa suaminya menghidapi penyakit jantung,
 asma, masalah penglihatan dan 
berat yang semakin menurun.

Pengarah Pusat Ahrar, Fuad Al-Khuffash
 memberitahu bahawa Dirar telah diculik 
semasa berada di dalam keretapi pada 
18 Febuari 2011 di Ukraine iaitu negara asal isterinya
 di mana beliau sedang mendapatkan kerakyatan. 
Selepas beberapa minggu dalam keadaan misteri,
 dia kemudiannya muncul di penjara 
Israel dan masih berada dalam tahanan.

Dirar mempunyai ijazah Ph.D
di dalam bidang kejuruteraan Elektrik.
Dia adalah bapa kepada 6 orang anak
yang tinggal bersama ibu mereka yang
merupakan warganegara Ukraine di Semenanjung Gaza.

@______________@
 ( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )


si cOmel kOala..


**بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."



Siapa tahu apa nama haiwan comel ni...
Jika tahu sila kembangkan hidung anda... ;p
Itu tanda anda bijak..
Yang tak tahu bukan tak bijak cuma tak sempat nak kenal je kan..



Haiwan comel ni..
Dikenali sebagai Koala..
Nama sainstifik dia Phascolarctos...
Bermaksud beruang yang memiliki kantung berwarna di hadapan perutnya ..

Kantung untuk melindungi dan keselesaan baby koala...
Macam Kanggroo...



Perkataan Koala berasal dari Bahasa Australia..
Bererti tidak minum...
Bukan bermakna tidak perlukan air..
Koala memperolehi air daripada makanannya..
Iaitu Daun Eucalyptus..



Ada pelbagai saiz dan warna bergantung kawasan penempatan Koala..
Di Selatan Australia yang bercuaca sejuk..
Koala berwarna kelabu dan besar..
Di Utara Australia ..
Berwarna keperangan dan lebih kecil...



Tumbesaran Koala di antara 24 hingga 34 inci..
Berat Koala jantan antara 8 hingga 12 kg...
Berat Koala betina antara 6 hingga 11 kg..
Jangka hayat Koala antara 12 hingga 15 tahun...



Koala ni haiwan yang pemalas...
Dah memang sifat dia..
Sebab hampir 20 jam digunakan untuk tidur dan rehat atas pokok a.k.a. Rumah Koala..
Dah makanan dari dedaun pokok..
Semestinya banyak masa dihabiskan atas pokok..



Koala tidak suke mengunjungi rumah pokok Koala yang lain..
Kecuali musim mengawan..
Iaitu antara bulan Disember hingga Mac..



Koala menggunakan kaki dan tangan untuk bergerak..
Tapi pergerakannya lambat..
Akibatnya menjadi mangsa kepada..
Anjing, Musang..
dan kenderaan ketika melintas..



cOmel kan..
Sebab comel...sampai pernah pesan kat kawan belikan..
hahahaaa..

@______________@
 ( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )

Tuesday 18 June 2013

Simple GiveAway 3 Hari Bersama Blog Madah Cinta



***بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."

jIka mentari hIlang..
jAngan dibimbang kerna pelangi pengganti..
jIka rembulan kelam ditutup awan..
jAngan gundah pasti sang bIntang munculkan diri..
jIka masih sendiri..
jAnganlah bimbang Allah menjanjikan yang terbaik untuk anda..
jIka rindu kata-kata cinta..
jAngan gundah gulana terjah la Blog Madah Cinta.. 



Blog Madah Cinta?
Eh..blog siapa tu ye..
Ni dia la blog Cik Akak Na O Mei kita..
Penuh dengan madah-madah cinta..
Sesuai dengan dirinye masih single mingle tu..
Mudah je..
Syarat-syarat klik pada banner.. ;)

Mangsa tag : 

Nurnaa'irah
 NaOmei 
(syarat xda bgtaw tuan segmen xleh kena tagkan.. ) ;P

@______________@
 ( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )