mEnara tInjau..

Tuesday 21 May 2013

Jenis-jenis Sombong...


***بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."


* Sombong kepada Allah SWT
iaitu apabila kita melanggari 
perintah Allah, tidak takut
dengan pembalasanNya serta 
meremehkan hukum dan
syariat yang telah ditetapkan
oleh Allah SWT..

** Sombong kepada Rasul,
iaitu dengan tidak mahu
mengamalkan ajaran dan sunnah
rasul, serta menghina dan 
memperlekehkan ajaran dan sunnahnya.

***Sombong terhadap sesama Manusia,
iaitu berasakan diri melebihi 
orang lain dalam segala perkara,
tidak boleh menerima teguran
dan kritikan orang, tidak
suka bergaul dengan orang
dan hanya bergaul dengan 
orang yang dirasakan setaraf dengannya.
Suka kepada pujian dan sentiasa
mengharapkan pujian daripada orang lain.

Sumber : En.Google.. ^_^..



@______________@
 ( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )

Monday 20 May 2013

Audit..


***بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."

Pernah terlibat dengan audit Jabatan?
Tahu bagaimana audit dilakukan?

Pertama kali terlibat dengan audit..
Sibuk...
Kelam kabut memperbaiki kerja..
Semua kerja lain 'kiv'..
Pernah tengok meja kerja bila audit ??
Ini Kenyataan...

Sumber: hp Nokia x3 x__x

Semua perkara diteliti..
Dari kerja pembantu am pejabat.. 
Sehinggalah kerja-kerja pengurus..
Cara rekod..
Label..
Prosedur kerja..
Kiranya macam-macam la..
Complete...
Ikut skema dan aturan..

Hebat betul kuasa audit..

Tapi kita jangan lupe..
Ada satu audit yang Maha Hebat akan berlaku..

Bila tiba waktunya..
Tiada siapa boleh terkecuali..
Jika tiada persiapan teliti..
Persediaan rapi..
Merana la diri..
Tiada siapa dapat membantu..
Melainkan Rahmat Illahi dan Syafaat Nabi saw..

Hari Akhirat a.k.a Hari Pembalasan..
Percaya kepada Hari Kiamat..
Wajib beriman dengan rukun iman ke-5 ini..

Bukan sahaja percaya..
Perlu diyakini dan diperhalusi..
Bagaimana untuk mengakui dengan amalan..
Perbaiki..
Persiapkan diri..

Audit diri dahulu..
Sebelum kita diaudit oleh Yang Maha Esa..
Jom persiap diri..
Untuk audit yang terhebat ni..

Sumber :Ihsan En.Google.. ^_^

@______________@
 ( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )