mEnara tInjau..

Friday 22 March 2013

Menanti di Barzakh

***بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."





Ku merintih, aku menangis,
Ku meratap, aku mengharap,
Ku meminta dihidupkan semula,
Agar dapat kembali ke dunia nyata

Perjalanan rohku,
Melengkapi sebuah kembara,
Singgah di rahim bonda,
Sebelum menjejak ke dunia,
Menanti di barzakh,
Sebelum berangkat ke mahsyar,
Diperhitung amalan,
Penentu syurga atau sebaliknya

Tanah yang basah berwarna merah,
Semerah mawar dan juga rindu,
Tujuh langkah pun baru berlalu,
Seusai talkin bernada syahdu,
Tenang dan damai di pusaraku,
Nisan batu menjadi tugu,
Namun tak siapa pun tahu resah penantianku

Terbangkitnya aku dari sebuah kematian,
Seakan ku dengari,
Tangis mereka yang ku tinggalkan,
Kehidupan disini bukan suatu khayalan,
Tetapi ia sebenar kejadian

Kembali oh kembali,
Kembalilah kedalam diri,
Sendirian sendiri,
Sendiri bertemankan sepi,
Hanya kain putih yang membaluti tubuhku,
Terbujur dan kaku,
Jasad didalam keranda kayu,

Ajal yang datang dibuka pintu,
Tiada siapa yang memberi tahu,
Tiada siapa pun dapat hindari,
Tiada siapa yang terkecuali,
Lemah jemari nafas terhenti,
Tidak tergambar sakitnya mati,
Cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi

Jantung berdegup kencang,
Menantikan malaikat datang,
Menggigil ketakutan gelap pekat dipandangan,
Selama ini diceritakan,
Kini aku merasakan,
Di alam barzakh jasad dikebumikan







p/s: pejam mata sambil dengar... ehem..ehem..ehem.. 
      sediakan tisu..
      Allah..Allah..Allah..
                                                                @______________@
                                                 ( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )

Thursday 21 March 2013

always with me



***بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."



Jika kau muram..
Pandanglah mentari..
Cahayanya menyinar..
Menceriakan segenap alam..

Jika kau resah gelisah..
Pandanglah pepohon itu..
Hijaunya merehatkan mata memandang..
Betapa banyaknya nikmat hidup ini...




Jika kau merasa kecewa..
Pandanglah ke sungai..
Airnya mengalir biarpun..
Berjuta batu menghalang..

Jika kamu merasa sedih..
Pandanglah ke langit..
Biru menenangkan jiwa itu..
Biar cuaca berubah.. kau tetap disana..

Duhai hamba sedarlah bahawa..
Segalanya milik Illahi..
Kerna Kasih sayang -Nya
Kita merasa nikmat ni..

Ingatlah walaupun..
Bagaimana hidupmu..
Apa jua hidup..
Mengapa ini terjadi..
Kenapa kita ..
Siapa jua dalam hidup ini..
Namun perkara penting..
Ingatlah...

ALLAH SENTIASA BERSAMAMU



p/s: Mengapa aku suka ALAM
       Hanya yang mengerti..
      Kerna DIA pemilik sekalian ALAM ni...
      ALLAH..ALLAH..ALLAH..

      

@______________@
                           ( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )

Disleksia


***بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."



Keluarga : 'Hisss...dah darjah 5 pun tak kenal huruf..bodoh betul. Kecil-kecil tak nak pula     mampus...Buat malu keluarga je'..

"Hoi, dah besar pun nak bawak mainan sampai tempat tidur k? Mengada-ada sangat la tu, Kalau suruh baca buku nak tidur je tapi kalau main tidur pun nak main! tu la Manja sangat"

Guru-guru : 'Apa bodoh sangat kamu ni.. Menjatuhkan prestasi sekolah je.. Lagi bagus berhenti je dari menyusahkan semua orang.."

Kawan-kawan : 'hahahaaa...bodoh...bodoh..abc pon tak kenal..wei geng..tak payah main dengan dia ni'


Antara kata-kata yang menguris hati 'pesakit'.. Mungkin kerana mereka nampak normal pada luaran sehingga tidak kelihatan mereka bermasalah... Ini lah situasi yang berlaku pada anak buah aku sendiri.. Kita sering menghukum tanpa menilai apa yang tersirat sebenarnya.. Aku juga seperti mereka dahulu hanya tahu mengherdik, menghukum tanpa meneliti apa permasalahan mereka..

Bukan aku tak nak membantu macam dorang selalu cakap... Itu anak dorang tahu la dorang nak mendidiknya, 'korang mana tahu korang tak ada anak lagi'. Tapi dorang lupe budak itu juga darah daging aku anak buah aku. Sampai satu tahap aku dah malas nak tolong, 'just wait & see' apa yang dorang boleh buat..

But now, aku semakin kesian dengan budak tu. Dia selalu dihina, dicerca bukan dari kawan-kawan sebaya dia tetapi yang memang aku tak boleh terima adalah dari keluarga terdekat yang dianggap ketua keluarga bagi aku.. Menitis air mata bila dia cakap...

"biar kan je budak tu.. dah bodoh sangat.. biar dia rasa".. 

"Heiii..helloooo...yang kau cakap bodoh tu darah daging kau! kira genetik kau.. kalau dia genetik bodoh asalnya daripada mana? bukan dari kau juga k?"


Ok fine! memang aku 'emo' sangat bab-bab ni.. aku pun sedar masa "walkingblog" zaujifijannah.. Itu pun  nak cari info berkaitan mengazankan anak yang baru dilahirkan, tapi lain pula yang dijumpa.. Sesuatu yang membuka mata aku, bila aku tengok movie ni 'Taare Zameen Par' lagi bertambah-tambah 'terbelik' mata aku..

Budak ni memang ada persamaan dengan anak buah aku.. Ok fine better korang tengok sendiri. Siapkan tisu masing.. Sebarang 'effect' kalau korang nangis k, pengsan k, agak-agak nak pitam tanggung sendiri.. Selamat menonton dan menghayati ..


'Taare Zameen Par


Firman ALLAH S.W.T ...

“Wahai orang-orang Yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi Segala kesukaran Dalam mengerjakan perkara-perkara Yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”  -  Surah Ali-Imran  : ayat :200)



p/s: harapan aku merupakan pesanan untuk aku juga ... setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-  masing.. untuk anak buah aku, hopefully aku dapat bantu apa-apa yang terdaya..dan semuanya hanya kerna ALLAH.. 


@______________@
  ( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )

Monday 18 March 2013

menc@ri c@haya keim@nan..


***بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."


kredit : ILUVISLAM.COM


Pernahkah kita bertanya beriman kah diri kita ini? 

Bagaimana untuk menjadi orang yang beriman?

Apa itu iman?

Adakah seperti bait-bait lagu Iman Adalah Mutiara -Raihan

Iman adalah mutiara
Di dalam hati manusia
Yang menyakini Allah
Maha Esa Maha Kuasa



Tanpamu iman bagaimanalah

Merasa diri hamba padaNya

Tanpamu iman bagimanalah

Menjadi hamba Allah yang bertaqwa

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau merentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah

Iman adalah mutiara
Di dalam hati manusia
Yang menyakini Allah
Maha Esa Maha Kuasa

Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau merentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah

Jika tidak kembali pada Allah
Jika tidak kembali pada Allah
Jika tidak kembali pada Allah
Jika tidak kembali pada Allah
Jika tidak kembali pada Allah
Jika tidak kembali pada Allah
Jika tidak kembali pada Allah



berfikirlah dengan akal yang dibekal..
moga kita menemui jalan..

............


Firman ALLAH S.W.T ...

" Sesungguhnya Orang-Orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama
 Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya
 bertambahlah iman mereka  (kernanya) dan 
hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal "  - Surah Al-Anfaal : ayat 2



p/s: semoga kita beroleh nikmat iman.. amin..



@______________@
                                                 ( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )