***بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***
"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."
Keluarga : 'Hisss...dah darjah 5 pun tak kenal huruf..bodoh betul. Kecil-kecil tak nak pula mampus...Buat malu keluarga je'..
"Hoi, dah besar pun nak bawak mainan sampai tempat tidur k? Mengada-ada sangat la tu, Kalau suruh baca buku nak tidur je tapi kalau main tidur pun nak main! tu la Manja sangat"
Guru-guru : 'Apa bodoh sangat kamu ni.. Menjatuhkan prestasi sekolah je.. Lagi bagus berhenti je dari menyusahkan semua orang.."
Kawan-kawan : 'hahahaaa...bodoh...bodoh..abc pon tak kenal..wei geng..tak payah main dengan dia ni'
Antara kata-kata yang menguris hati 'pesakit'.. Mungkin kerana mereka nampak normal pada luaran sehingga tidak kelihatan mereka bermasalah... Ini lah situasi yang berlaku pada anak buah aku sendiri.. Kita sering menghukum tanpa menilai apa yang tersirat sebenarnya.. Aku juga seperti mereka dahulu hanya tahu mengherdik, menghukum tanpa meneliti apa permasalahan mereka..
Bukan aku tak nak membantu macam dorang selalu cakap... Itu anak dorang tahu la dorang nak mendidiknya, 'korang mana tahu korang tak ada anak lagi'. Tapi dorang lupe budak itu juga darah daging aku anak buah aku. Sampai satu tahap aku dah malas nak tolong, 'just wait & see' apa yang dorang boleh buat..
But now, aku semakin kesian dengan budak tu. Dia selalu dihina, dicerca bukan dari kawan-kawan sebaya dia tetapi yang memang aku tak boleh terima adalah dari keluarga terdekat yang dianggap ketua keluarga bagi aku.. Menitis air mata bila dia cakap...
"biar kan je budak tu.. dah bodoh sangat.. biar dia rasa"..
"Heiii..helloooo...yang kau cakap bodoh tu darah daging kau! kira genetik kau.. kalau dia genetik bodoh asalnya daripada mana? bukan dari kau juga k?"
Ok fine! memang aku 'emo' sangat bab-bab ni.. aku pun sedar masa "walkingblog" zaujifijannah.. Itu pun nak cari info berkaitan mengazankan anak yang baru dilahirkan, tapi lain pula yang dijumpa.. Sesuatu yang membuka mata aku, bila aku tengok movie ni 'Taare Zameen Par' lagi bertambah-tambah 'terbelik' mata aku..
Budak ni memang ada persamaan dengan anak buah aku.. Ok fine better korang tengok sendiri. Siapkan tisu masing.. Sebarang 'effect' kalau korang nangis k, pengsan k, agak-agak nak pitam tanggung sendiri.. Selamat menonton dan menghayati ..
'Taare Zameen Par'
Firman ALLAH S.W.T ...
“Wahai orang-orang Yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi Segala kesukaran Dalam mengerjakan perkara-perkara Yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” - Surah Ali-Imran : ayat :200)
Firman ALLAH S.W.T ...
“Wahai orang-orang Yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi Segala kesukaran Dalam mengerjakan perkara-perkara Yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” - Surah Ali-Imran : ayat :200)
p/s: harapan aku merupakan pesanan untuk aku juga ... setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing- masing.. untuk anak buah aku, hopefully aku dapat bantu apa-apa yang terdaya..dan semuanya hanya kerna ALLAH..
@______________@
( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )
No comments:
Post a Comment