***بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***
"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."
Siapa kita? Bagaimana kita boleh ada di muka bumi ini? Hamba Allah mana lah yang sanggup menumpahkan darah hanya untuk kita? Yang sanggup melayan kerenah untuk membesarkan kita? Tangan siapalah yang menyuapkan makanan ke mulut kecil kita suatu ketika dahulu? Dan Tangan siapalah yang sanggup menepok mendodoikan kita sewaktu kita tidur? Yang sanggup menadah muntah dan merawat kita ketika kita sakit? Tubuh siapalah juga yang sanggup memeluk kita ketika kita dalam kesedihan? Siapa.. Siapa..dan Siapa... Kita lupa???
Dengan mudah ye kita lupa.. Kejam betul kita rupanya.. Tidak salahlah jika kita dikatakan seperti " Kacang lupa kan, Kulitnya".. Eh, Kenapa pula tidak boleh??? Bukan ke kita memang sebegitu rupa.. Sudah habis madu, sepah dibuang merata-rata.. Lupa ye kita.. Mari kita kenang kembali.. Siapa mereka itu..
Pertemuan dua jiwa dan rasa antara jejaka dan gadis atas ikatkan pernikahan yang halal lagi menghalalkan. Perkosingan hidup antara dua jiwa itu yang mendambakan rahmat Allah dengan memberikan hadiah dinantikan atas perkosingan itu. Apabila berita kewujudan satu nyawa lain di rahim si perempuan yang dipanggil anak, pastinya dua jiwa itu bergembira kerana mereka bakal menjadi ibu dan ayah. Bermulalah detik itu si anak dijaga dengan penuh kasih sayang dengan harapan lahirnya seorang khalifah terulung membela agama, bangsa dan negara.
Itu baru mukadimah kewujudan kita daripada rahmat Allah.. Masih ingat-ingat lupe.. Sedarlah kita bahawa setiap dari kita lahir dari rahim seorang wanita yang kita gelar ibu, mama, emak, ummi atau apa sahaja yang mewakili gelar seseorang yang sanggup menumpahkan darah dan yang sanggup mempertaruhkan nyawa hanya untuk melahirkan kita ke dunia ini. Lahirnya kita diiringi laungan azan dan iqamat oleh si ayah dengan doa agar dijauhkan kita dari gangguan syaitan laknatullah.
Gambar : Nakalnya..
Semakin dewasa kita semakin lupa akan jasa-jasa dan pengorbanan mereka. Kita sering memberi alasan kesibukan sehinggakan terlupa bertanyakan khabar berita mereka. Tapi sesuatu yang menjengkelkan apabila kita tidak lupa untuk bertanyakan khabar buah hati kita dalam setiap minit. Apa alasan kita lupa lagi ye.. Kita sama.. Lupa sahaja kita ni ye.. Sudah tua la kita ni, mengalahkan ibu bapa kita sendiri..
Gambar: Lihatlah betapa gembiranya ibu ayah kita
Mari kita sama-sama ingatkan diri kita supaya tidak lupakan akan jasa-jasa dan pengorbanan mereka. Ini perintah dan suruhan bukan dari sesiapa tetapi dari Maha Pencipta kita yang wajib kita patuhi melalui firman-Nya :
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
(Surah al-Israa', ayat 23-24)
Lihat betapa Allah memuliakan insan bernama ibu ayah ini, sehinggakan berkata 'ha' itu pun dilarang sama sekali. Macam mana rasa anda, nak pengsan, rasa nak menangis berguling-guling? Rasa berdosa yang tidak terhingga. Iya kita sama, suatu perasaan yang tidak dapat diungkapkan dengan perkataan. Terlalu banyak yang kita lakukan sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja telah menguris perasaan insan mulia bernama ibu dan ayah kita. Kejam kan kita.
Kesusahan dan kepayahan mereka membesarkan kita sehingga kadang kala mereka sanggup mengikat perut semata-mata mahu melihat kita membesar dengan sihat dan mempenuhi keperluan hidup kita, Dan bila kita dewasa sedikit sudah pandai berkata-kata, sehingga kan kita sanggup mengeluarkan kata-kata yang menguris perasaan mereka tanpa melihat pengorbanan mereka.
Itu belum lagi anak-anak yang sudah sanggup memukul ibu bapa sendiri gara-gara kehendak mereka tidak dipenuhi. Subhanallah.. Lihatlah betapa derhakanya kita ini. Tubuh yang suatu ketika dahulu menjaga, membelai kita tapi kini sanggup kita cederakan mereka sehingga luka parah. Betapa parahnya luka yang mereka alami secara fizikalnya, lagi parah dan berdarah luka di hati mereka. Luka di mata pasti akan sembuh tetapi luka di hati mereka meninggalkan kesan yang mendalam, mungkin tidak akan sembuh.
Itu belum lagi anak-anak yang sudah sanggup memukul ibu bapa sendiri gara-gara kehendak mereka tidak dipenuhi. Subhanallah.. Lihatlah betapa derhakanya kita ini. Tubuh yang suatu ketika dahulu menjaga, membelai kita tapi kini sanggup kita cederakan mereka sehingga luka parah. Betapa parahnya luka yang mereka alami secara fizikalnya, lagi parah dan berdarah luka di hati mereka. Luka di mata pasti akan sembuh tetapi luka di hati mereka meninggalkan kesan yang mendalam, mungkin tidak akan sembuh.
Kejam ? Zalim? Kacang lupa kan kulit ? Anak derhaka ? Iya itu la kita.. Oh.. Maaf anda tidak begitu kan, pastinya anda anak-anak yang baik yang tahu menghormati dan menghargai segala penat lelah ibu bapa kita.
Ini realiti untuk kita sama-sama renungi, peristiwa yang pernah terjadi di negara yang kita cintai. Semoga ianya menjadi teladan kepada kita sebagai hamba yang Maha Esa dan insan bernama anak..
Sumber : Harian Metro
Sumber : Harian Metro
@______________@
( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )
No comments:
Post a Comment