mEnara tInjau..

Monday 3 June 2013

Be Rasional..



***بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."

Bila difikirkan lucu pun ada, geram pun ada dan kesian pun ada.
Satu group maintenance buat kerja-kerja selenggara di rumah seorang yang terpelajar. 
Seorang pakar dalam bidang anatomi yang menjadi pendidik di sebuah universiti terkemuka negara.
Group maintenance membaiki pagar dan kawasan sekitar rumah.
Cuba kita bayangkan kalau dah buat kerja, tambah-tambah lagi selenggara,
mestilah bising dan kotor sikit.
Setiap apa yang kita lakukan dan mahukan,
ada yang perlu dikorbankan. Sama ada secara realitinya atau sesuatu yang perlu kita nilai
dengan akal fikiran. 


Yang menyedihkan, Doktor ni boleh marah gourp maintenance ni supaya 
buat kerja dalam keadaan senyap tanpa ada bunyi bising langsung.
Kalau macam tu nak ketuk paku pun tak masuk paku tu.
Dan jangan mengotorkan atau menyebabkan kerosakkan pada dinding rumahnya.
For sure la mungkin cat rumah akan tertanggal sedikit.
Maklum la rumah tu pun dah lama catnya entah tahun bila punya.
Dah mula tercabut sendiri.

Geram je tengok, ikut hati nak sekeh-sekeh je bagi dia berakal sikit. huhuuu
Dia nak rumahnya elok dan cantik tapi bila orang buat kerja tengok dan diam je la.
Melainkan kerja-kerja yang dibuat itu memang menyalahi apa yang sepatutnya.
Dan kalau yang itu dia memang berhak untuk marah dan bising.

Bila difikirkan balik orang yang bijak pandai tidak semestinya berakal.. ;p
Perkara simple macam tu kanak-kanak pun tahu menilainya.
Tolong la guna akal yang rasional dan jangan nak ikut kemahuan hati sendiri sahaja.
Setiap perkara mengikut keadaan dan kesesuaian.

Kesian pada manusia seperti ini.
Hidup dalam kelas mereka sendiri 
dan kehendak mereka sahaja sehingga mereka tidak mampu menerima 
sesuatu perkara secara rasional.

Kalau anda boleh masuk kubur sendiri anda berhak untuk berbuat ikut kemahuan anda.
Sebab anda tidak akan menyusahkan orang lain.

Tapi ada ke manusia sebegitu?
Mampu untuk buat semua perkara sendiri.
Sedangkan nak makan pun kita perlu berurusan dengan pelbagai pihak.
Fikir-fikirkan.

Hidup bersama adalah indah..
Seperti adam perlukan hawa..
dan begitu la sebaliknya.. 



@______________@
 ( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )

No comments:

Post a Comment