mEnara tInjau..

Wednesday 5 June 2013

Jangan caci emak saya..


**بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."

Pasangan suami isteri ini telah berkorban lebih 20 tahun.
Suami adalah seorang yang panas bararn dan 
sering bertindak ganas terhadap isterinya.
Dia juga suka menggunakan perkataan yang tidak
baik terhadap isterinya seperti 
'kau perempuan tidak berguna',
'kau bangsat', 'perempuan sial',
'perempuan sundal' dan sebagainya.
Suami juga sering menyalahkan isteri jika timbul masalah di pejabat.


Mereka mempunyai lima orang anak.
Yang sulung kini berumur 22 tahun telah berjaya ke universiti.
Dia seorang yang bersemangat sangat kental.
Dia belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya
 dalam hidup kerana dia berazam mahu 
'menyelamatkan ibunya daripada ayahnya yang zalim.

Anak ini telah hilang segala rasa hormatnya
 terhadap ayahnya dan berniat dalam hati untuk 
membalas dendam.

Walaupun tidak disebut dengan mulut namun
 dendam itu sangat jelas berada di lubuk
 hatinya dan daripada tingkah lakunya.

Apabila ibu bapanya bercerai, dia merasa amat lega.
Tetapi ayahnya masih mengganggu hidup mereka
adik beradik kerana ayah mahu hak penjagaan.

Sedangkan dia dan adik-adiknya menolak.
Ayahnya tidak memberi nafkah dengan alasan
dia telah dewasa dan perlu berdikari.
Dia terpaksa menangguhkan pengajian
kerana terganggu emosi dan kerana tidak ada wang untuk belajar.

Tanpa di sedari, dia mengambil alih tugas dan peranan
ayahnya sebagai ketua rumah.
Dia membantu ibu menjaga adik-adik
dan mengurus keluarga, menjadi pembuat keputusan.
Akhirnya ibunya juga kadang-kadang
kelihatan takut kepadanya.
Dia mengawal semua perkara termasuk tidak
membenarkan adik-adik bertemu ayahnya.

Ayahnya pula memperlakukan hal yang sama
tetapi kali ini ke atas dirinya dengan
memanggilnya 'anak sial', 'anak tak sedar dek untung',
atau 'kau ini pembawa masalah',
'sebab kaulah kami bercerai' dan sebagainya.


Semua ini menjadikan anak perempuan ini
'keras hati' dan bertekad menjadi seperti
lelaki supaya ayahnya dapat dikalahkan.

Apabila dia diingatkan bahawa walau
apa pun yang telah dilakukan, ayah
tetap ayah dan dia tidak boleh menjadi
anak durhaka.

Dan dia turut diingatkan bahawa
ayahnya adalah wali. Secara spontan dia menjawab
"saya rela tidak berkahwin daripada menjadikan
ayah saya wali perkahwinan saya."

Ianya sesuatu yang mengejut dan menyedihkan.
Tetapi anak ini tidak boleh dipersalahkan.
Dia dibesarkan dengaan kata nista.
Dengan tampar terajang ayahnya dan melihat ibunya diseksa.

Dalam dirinya sudah tiada kasih sayang,
ketaatan atau kesedihan.
Dalam dirinya hanya ada dendam yang tiada
penghujungnya.

Dia perlukan pemerhatian pakar kaunseling dan
memulihkannya bukanlah satu perkara yang mudah.

Dalam tangisan dia meminta di sampaikan
pesanan kepada ayahnya..
"Tolonglah cakap dengan ayah.
Jangan caci emak saya. Dia
ibu yang terbaik di dunia.
Dan saya sangat sayangkan emak. "



@______________@
 ( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )

2 comments:

  1. bila hidup sentiasa di dengari dengan caci maki, maka rosaklah hati. moga anak itu sentiasa tabah. salam jumaat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..bila hati rosak dr kecil susah nak baik bila dah besar.. ~_~

      Delete