***بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***
"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."
Apa itu OKU? OKU akronim bagi perkataan Orang Kurang Upaya. Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008; OKU ditakrifkan sebagai mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat.
Orang Kurang Upaya atau lebih manis dipanggil golongan istimewa. Memang mereka sangat istimewa kerana mereka di beri oleh Allah SWT kelebihan yang sangat unik. Jika difikir individu normal tidak mungkin boleh berjalan dengan mata yang tertutup, tetapi individu istimewa ini mereka diberi Allah kelebihan untuk melihat menggunakan mata hati walaupun meraka tidak dapat melihat seperti individu normal yang lain untuk kelangsungan hidup di bumi Allah ini.
gambar : Special Signboard
Mereka ini terdiri dalam beberapa kategori antaranya :
1) Kurang Upaya Pendengaran (Pekak)
Individu ini tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua telinga tanpa mgnggunakan alat bantuan atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunalan alat bantuan pendengaran.
* Minimum 15 -< 30 dB (kanak-kanak)
20 -< 30 dB (orang dewasa)
*Sederhana 30 -< 60 dB
*Teruk (severe) 60 -< 90 dB
*Sangat teruk (profound)
2) Kurang Upaya Penglihatan
Individu yang tidak dapat melihat atau mengalami pegnlihatan terhad di kedua-dua belah mata, walaupun menggunakan alat bantuan penglihatan atau medan penglihatan kurang dari 20 darjah dari fixation. Terdapat dua klasifkasi KU Penglihatan,
* Terhad (Low Vision/Partially Sighted)
Penglihatan lebih teruk dari 6/8 tetapi sama dengan atau lebih banyak daripada 3/60
dengan menggunakan alat bantuan penglihatan atau medan penglihatan kurang dari 20 darjah dari fixation.
* Buta (Blind)
Penglihatan kurang daripada 3/60 atau medan penglihatan kurang dari 10 darjah dari fixation.
3) Kurang Upaya Pertuturan (Bisu)
Individu yang tidak boleh bertutur sehingga menyebabkan gangguan berkomunikasi dengan sempurna dan ti dak boleh difahami oleh mereka yang berinteraksi dengannya. Keadaan ini adalah kekal atau tidak akan sembuh bagi kanak-kanak mestilah berdasarkan penilaian pada umur lima tahun ke atas. Sekiranya ada kemusykilan, sila rujuk kepada doktor Pakar Otorinolaringologi.
4) Kurang Upaya Fizikal
Individu yang kehilangan atau tidak ada suatu anggota atau mana-mana bahagian badan yang mengalami keadaan seperti hemiplegia, paraplegia, tetraplegia, kehilangan anggota, kelemahan otot-otot yang mengakibatkan mereka tidak dapat melakukan aktiviti asas seperti penjagaan diri, pergerakan dan pertukaran posisi tubh badan.
Berlaku disebabkan oleh kecederaan (trauma) atau ketidakfungsian sistem saraf, kardiavaskular respiratori, hematologi (sistem darah), imunologi (sistem imun), urologi, hepatobiliari, muskuloskeletal (Otot), ginekologi (Sakit Puan) dan lain-lain.
Tetapi kecedaraan yang tidak menjejaskan fungsi anggota yang terlibat tidak diklasifikasikan sebagai OKU.
5) Masalah Pembelajaran
Individu yang mengalami masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usia biologikal. Dikategorikan sebagai lewat perkembangan global, Sindrom Down, lembab dan kurang upaya intelektual. Ia juga merangkumi keadaan yang menjejaskan kemampuan pembelajaran individu seperti Austisme (Autistic Spectrum Diorder), Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan masalah pembelajaran specifik seperti Dyslexia, Dyscalculia dan Dysgraphia.
6) Kurang Upaya Mental
Individu yang mengalami kecelaruan akal fikiran yang telah diberikan rawatan dan telah diberi diagnosis sekurang-kurangnya selama dua tahun oleh Pakar Psikiatri. Akibat daripada penyakit yang dialami dan telah menjalani rawatan psikiatri, mereka masih tidak beruoaya untuk berfungsi sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan dirinya atau perhubungan dalam masyarakat. Antaranya Organic Mental Disorder yang serius dan kronik, Skizoffrenia, Paranoid, Mood Disorder (Depression, Bipolar) dan Psychotic Disorder seperti Schizoaffective Disorder dan Persisstent Delusional Disorder.
7) Kurang Upaya Pelbagai (Multiple Disabilities)
Individu yang mengalami lebih daripada satu jenis ketidakupayaan dan secara umumnya tidak sesuai diklafikasikan di bawah mana-mana 6 kategori lain yang sedia ada.
p/s: jangan pencilkan mereka..
mereka lebih istimewa dari individu biasa/normal..
kerana mereka dipilih oleh Allah STW untuk anugerah yang istimewa ini..
@______________@
( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )
No comments:
Post a Comment