mEnara tInjau..

Monday 10 June 2013

Tangisan air mata..


**بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."

Manik-manik kecil gugur dari kelopak mata..
Membawa rasa dijiwa..
Fitrah yang dikurniakan oleh Yang Maha Esa...
Punya banyak rahsianya..



Ibnul Qayyim menjelaskan terdapat 10 jenis tangisan, antaranya :

* menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
* menangis kerana rasa takut.
* menangis kerana cinta.
* menangis kerana gembira.
* menangis kerana menghadapi penderitaan.
* menangis kerana terlalu sedih.
* menangis kerana terasa hina dan lemah.
* menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
* menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
* menangis orang munafik yakni pura-pura menangis.

Sabda Rasulullah SAW : 

"Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya
dari api neraka. Dan apabila airmatanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan 
dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka
kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan 
kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."




@______________@
 ( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )

3 comments: