mEnara tInjau..

Sunday 5 May 2013

Banyak bersujud jika mahu menjadi teman Rasulullah S.A.W.



***بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."


Kisah ini diambil dari kisah seorang sahabat Nabi S.A.W yang ketika itu hanya bekerja sebagai seorang pelayan. Pada suatu hari tatkala sahabat yang bernama Abu Firas lalu di hadapan Rasulullah S.A.W, baginda telah memanggilnya lalu berkatakan sesuatu kepadanya.

Kata Nabi S.A.W. kepadanya, " Wahai Abu Firas pintalah sesuatu daripadaku." Abu Firas terdiam sejenak lalu memandang wajah Rasulullah S.A.W.. Dia lalu berkata, "Ya Rasulullah, saya ingin menjadi temanmu ketika di syurga kelak."

Jawapan yang cukup ringkas. Lalu Rasulullah berkata lagi, "Apakah kamu tidak mahu meminta perkara lain?" Abu Firas lalu menjawab, "Ya, hanya itu Rasulullah."

Maksud Rasulullah bertanya kepada Abu Firas buat kali kedua bertujuan membolehkannya meminta sesuatu seperti ternakan, rumah , isteri atau apa sahaja. Namun jawapannya tetap sama iaitu untuk menjadi peneman Rasulullah di syurga.

Melihatkan kesungguhan Abu Firas tentang permintaannya itu, Rasulullah berkata, " Bantulah aku dalam mengendalikan nafsumu dengan banyak bersujud."

Moral dari cerita ini ialah, sesiapa sahaja di kalangan kita berpeluang menjadi peneman Rasulullah ketika di syurga. Tapi dengan satu syarat iaitu banyakkan bersujud dengan mendirikan solat fardhu, solat sunat malam dan mengikut segala suruhan Allah S.W.T.. Hanya dengan cara itu, maka peluang itu akan terbuka luas.

Ingat, bukan darjat mahupun pangkat yang menentukan kelayakan seseorang untuk menjadi peneman Rasulullah ketika di syurga kelak.

Cara serta tips yang diberikan oleh Rasulullah cukup mudah. Tanyalah pada hati dan iman. Andai ada kesungguhan ke arah itu, maka tiada alasan untuk tidak kita melakukannya. Jadi tunggu apa lagi. Jom! Banyakkan bersujud kepada Allah S.W.T. yang Maha Esa. 


Firman Allah S.W.T. :

"Semulia-mulia kamu di sisi Allah adalah
 orang yang paling bertakwa di antara kamu."

Surah Al-Hujurat , 13


Ooopss ada satu lagi cara mudah untuk masuk syurga. Rasulullah S.A.W. berpesan, 

"Berzikir kepada Allah adalah amalan yang baik dan suci di sisi Allah. 
Ia mampu meningkatkan darjat manusia lebih daripada memberi 
sedekah emas dan perak, bahkan ia lebih 
baik daripada bertempur dengan musuh." 

Hadis riwayat Muslim, Nasa' dan al-Bazar




Sumber : Al-islam..
@______________@
 ( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )

1 comment:

  1. ASSALAMUALAIKUM , DENGAN SUKACITANYA SINI ADA G.A TERBESAR MEI, HADIAH TOP REFERRAL SEHINGGA RM150.++ . JOM JOM . ADA BANYAK LAGI HADIAH . ANDA DI TAG #140
    LINK TAGGING :
    http://www.officialsyafiqmuhammad.blogspot.com/2013/05/tagging3.html
    link G.A :
    http://officialsyafiqmuhammad.blogspot.com/2013/05/1st-biggest-giveaway-by-osm.html

    ReplyDelete