***بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***
"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."
" Wei, nak tahu tak. Budak itu..itu..yang pakai baju bunga-bunga tu, dia dah kahwin dengan suami orang"
"Eh..Eh..anda tahu mana? Tak baik main cakap je, anda dengar daripada mulut dia sendiri k?" Hisss.. Ini dah jadi kes menfitnah..
"Betul la.. Adik saudara dia yang bagi tahu. Tak kan dia menipu kot."
"Anda jangan berkata sesuatu yang anda tidak dengar dari mulut tuan badan. Ianya mungkin menjadi fitnah bagi dia. Jika betul pun anda tiada hak untuk menyebarkannya."
.......................................................................
"Eh, anda ada dengar tak? Penceroboh di Sabah sudah sampai ke Semenanjung. Mereka nak buat kecoh masa PRU13 ni la"
"Hissss..biar betul. Teruknya dorang ni. Ni nak kena bagi tahu orang kampung supaya bersiap sedia"
"Betul tu. Nak post di facebook dan twitter la"
.......................................................................
Pernah anda mengalami situasi ini. Apa tindakan anda sebagai penerima khabar tersebut? Apa yang anda lakukan? Berikut adalah adab-adab apabila mendengar sesuatu khabar berita yang tidak pasti kesahihannya atau dengan erti kata lain khabar angin:
1) Abaikan dan jangan mengendahkan.
Selayaknya bagi seorang muslim untuk tidak mengambil peduli dengan berita-berita yang tidak diketahui kesahihannya. Masa dan energinya lebih layak untuk digunakan bagi tugasan-tugasan lain yang lebih bermanafaat. Sifat seorang muslim berbeza dengan sifat Yahudi yang sangat suka mendengar dan mengedakan cerita-cerita dusta sebagaimana celaan Allah SWT kepada mereka dalam surah Al-Maidah ayat 51.
2) Tahan diri daripada memberikan komen ataupun apa-apa kenyataan berkenaan dengan berita tersebut.
Setiap kenyataan yang kita keluarkan akan dipersoalkan di akhirat kelak. Allah SWT berfirman :
" Janganlah engkau ikuti perkara yang tidak kamu miliki ilmu tentangnya.
Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan
hati suatu hari nanti akan dipersoalkan "
Surah Al-Isra, ayat 26
3) Usah perturutkan prasangka buruk.
Jangan hanya kerana khabar angin itu membabitkan keburukan orang yang kita benci, kita terus cenederung untuk mempercayainya atau paling kurang berharap berita itu benar adanya. Suka memperturutkan prasangka adalah salah satu sifat orang kafir yang Allah SWT cela dalam firman-Nya:
" Mereka tidak lain hanyalah memperturutkan prasangka belaka"
Surah Al-Najm, ayat 28
4) Wajib mengkaji berita dengan sempurna, jangan mudah percaya sebelum mendengar pelbagai versi berita itu dari pelbagai pihak.
5) Jangan menceritakan kembali khabar tersebut kepada orang yang belum diketahuinya.
Usahakan agar berita itu hanya beredar dalam kalangan terhad sahaja, iaitu pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk melakukan tindakan hukum ke atasnya. Semakin sedikit orang yang tahu, semakin sedikit impak buruk yang terhasil daripadanya. Menceritakan suatu khabar tanpa usul periksa sebuah sikap buruk yang sangat dibenci. Rasulullah SAW bersabda :
" Cukuplah dosa bagi seseorang apabila ia
menceritakan semua berita yang ia dengar
(tanpa ditapis terlebih dahulu)"
(riwayat Muslim)
@______________@
( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )
No comments:
Post a Comment