mEnara tInjau..

Monday, 22 April 2013

Attention Deficit-Hyperactivity Disorder (ADHD)


***بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."


ADHD ? Apa tu? Dah macam ABCDEFG je.. ADHD adalah singkatan untuk  "Attention Deficit-Hyperactivity Disorder" atau dalam Bahasa Melayu nya Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan.



Terdapat 3 jenis kecelaruan :

1) Kurang Tumpuan.
2) Hyperaktif.
3) Impulsiviti (Menurut kata hati).


Golongan yang terdedah :

Kajian yang telah dibuat di Malaysia ke atas kanak-kanak berusia 5 - 15 tahun mendapati seramai 4.3% mempunyai ciri-ciri ADHD. Kebanyakkan adalah kanak-kanak lelaki.


Punca yang menjadi asbab :

1) Faktor genetik.
2) Ketidakseimbangan bahan kimia dalam otak.
3) Yang paling penting takdir Allah s.w.t.




Cara nak kesan (Tanda dan gejala) :

Seorang kanak-kanak akan diklafikasikan mempunyai masalah ADHD sekiranya mempunyai lebih dari 6 gejala-gejala berikut :

1) Kurang tumpuan 
  
    Kanak-kanak sentiasa :

    * Melakukan banyak kesilapan di dalam kerja sekolah.
    * Sering kehilangan barang di rumah dan di sekolah.
    * Tidak dapat menyelesaikan tugasnya.
    * Tidak memberi perhatian kepada orang yang sedang bercakap dengannya.
    * Tidak berupaya mematuhi arahan.
    * Mengelakkan aktiviti memerlukan konsentrasi dan fikiran.
    * Mudah hilang perhatian.
    * Pelupa.

2) Hyperaktif

    Kanak-kanak sering :

    * Menggoyang-goyangkan tangan dan kakinya serta mengeliat dan resah di tempat duduknya.
    * Meninggalkan kerusinya di kerlas walaupun sepatutnya ia duduk di situ.
    * Berlari-lari dan emanjat-manjat dengan berlebihan (lebih dari kanak-kanak biasa).
    * Bising waktu bermain.
    * Sentiasa bergerak ke sana ke mari (tidak duduk diam).
    * Banyak cakap.

3) Impulsiviti (Menurut kata hati)
     
    Kanak-kanak akan :

    * Menjawab dengan spontan walaupun soalan yang diajukan belum habis.
    * Tidak sabar menunggu giliran.
    * Sering mengganggu rakan lain semasa mereka bercakap atau bermain.

Tambahan :
  
    * Gejala-gejala dapat dikesan sebelum kanak-kanak berumur 7 tahun.
    * Gejala-gejala mestilah telah melebihi tempoh 6 bulan.
    * Perubahan ini berlaku lebih dari satu tempat atau keadaan seperti di sekolah, rumah, tempat awam;
    * Perubahan kelakuan tidak setaraf dengan umur kanak-kanak itu.
    * Tidak ada masalah tumbesaran atau kesihatan.
    * Perubahan perlakuan menimbulkan masalah kepada kanak-kanak itu di sekolah, 
       dengan rakan-rakan dan kehidupan hariannya.

> Sekiranya anak anda memenuhi kriteria seprti di atas, sila mendapat bantuan profesional dengan segera!!!




Komplikasi yang akan terjadi :

1) Wujud bersama-sama Gejala Tentangan  dan Bantahan (Oppositional Defiant Disorder) -  
    Kanak-kanak cenderung berkelakuan degil, keras kepala dan pembangkang.

2) Masalah harga diri boleh berlaku kerana kesusahan di sekolah, rumah dan rakan-rakan.

3) Masalah pembelajaran adalah biasa terjadi kerana kanak-kanak ini tidak dapat memberi 
    tumpuan pada pelajaran di sekolah.


Rawatan :

Ubat-ubatan untuk mengawal kadar hyperaktif biasanya adalah Methylphenidate (Ritalin) dan mesti diambil dalam jangkamasa panjang. Disarankan untuk kanak-kanak berusia 6 tahun. Memberi kesan sampingan seperti hilang selera makan, hilang berat badan dan gangguan tidur. Pengambilan ubat perlu mendapat nasihat dari pegawai perubatan dan kesan sampingannya perlu dipantau.



Pemulihan :

Intervensi tingkah laku

Terdapat beberapa teknik yang boleh diguna pakai oleh ibu bapa di rumah dan mungkin boleh berbincang dengan guru-guru untuk dipratikkan di sekolah :

1) Berikan arahan satu persatu dengan jelas dan pastikan bahawa kanak-kanak tersebur memberi perhatian
    dan memahaminya.

2) Beri pujian sekiranya mereka membuat sesuatu dengan baik. Cara ini akan menaikkan rasa harga dirinya.
    Berikan pujian dengan spesifik / tepat, contoh : tunjukkan anda berasa gembira kerana mereka telah
    menyimpan permainan di tempat yang betul.

3) Wujudkan satu sistem memberi hadiah untuk menggalakkan kelakuan yang baik. Carta Bintang
    (hyperlink) adalah satu cara yanag bagus untuk membantu kanak-kanak berkelakua dengan lebih baik.

4) Kekalkan kebiasaan aktiviti harian supaya kanak-kanak dapat menjangka apa yang berlaku setiap hari.

5) Bantu kanak-kanak mengatur aktiviti harian mereka dengan menyediakan senarai semak untuk
    memastikan tugasnya disempurnakan.

6) Galakkan anak-anak untuk mengawal kata hatinya, umpananya berfikir dalu sebelum mengeluarkan
    kata- kata.

7) Bina semangat dan kelebihan yanag ada pada kanak-kanak itu dan jangan menitik beratkan pada
    kelemahannya sahaja.

8) Tempatkan kedudukan kanak-kanak di bahagian barisan hadapan kelas.

9) Minta bantuan guru untuk mencatitkan kerja -kerja sekolah di dalam buku khas yang mana kanak-kanak
    ini boleh menunjukkannya kepada anda semasa di rumah nanti.



Pendidikan Khas

Kanak-kanak yang mengidap ADHD boleh berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas, Kementeria Pendidikan dan ditempatkan di dalam kelas Pendidikan Khas. Mereka akan menerima faedah dari kelas yang lebih kecil dengan tumpuan yang lebih kepada mereka. 


p/s: Walaupun macam mana keadaannya, mereka anugerah Illahi..
      

@______________@
 ( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )


5 comments:

  1. saye adalah pesakit adhd... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadikan ianya satu kelebihan dan bukan kekurangan :) be positive ...

      Delete
    2. hi adek isher zephyer, tlg hubungi akak ya, 010 464 1183, anak akak juga mungkin ada masalah adhd,

      Delete
  2. Assalamualaikum
    anak saya juga mungkin ada masalah ADHD,sekarang anak suda berumur 15tahun dan akan menduduki exam PT3...
    saya sudah terlambat kah atau mcm mna ya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak sila kunjungi Facebook Page Radiant Junction dan juga FB link https://www.facebook.com/ADHDADDMalaysia/?ref=gs&__tn__=%2CdkC-R-R&eid=ARBHe8czMh8L71rGWcLHn4J9PAmJy0CYi1wNP9lTa6pWVYdGor3xQ60atHGUphtLMlSPsFtl4NxFJb5e&hc_ref=ARTy_LC9hUb9eRwyFGtgGxc-gX3fjMLpDhFWNDuQmhtrXv3sER-btgzHqeOYeeFUOpw&fref=gs&dti=868326906618470&hc_location=group

      Delete