**بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***
"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."
Sumbang Mahram adalah pencabulan seks / perhubungan seksual
yang berlaku dalam kalangan anggota keluarga
atau muhrim / mahram.
Firman Allah SWT :
"Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut):
ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu,dan saudara-saudara kamu,
dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu,
dan anak-anak saudara kamu yang lelaki,
dan anak-anak saudara kamu yang perempuan,
dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan saudara-
saudara susuan kamu, dan ibu-ibu isteri kamu, dan
anak-anak tiri yang dalam pemuliharaan kamu
dari isteri-isteri yang kamu telah campuri ;
tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu
(dan kamu telahpun menceraikan mereka),
maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya).
Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri
anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu.
Dan diharamkan kamu menghimpunkan
dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu),
kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu.
Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani"
Surah al-Nisa , 23
Kisah yang berlaku dalam masyarakat kita zaman ini..
:: Sepasang suami isteri yang bekerja sebagai
pegawai kerajaan mempunyai dua orang anak,
seorang lelaki dan seorang perempuan.
Oleh kerana mereka dua beradik sahaja,
mereka sangat rapat. Adik perempuan sering pergi
ke bilik abang sejak kecil dan ibu bapa ini merasakan
ini perkara biasa. Umur mereka hanya beza satu tahun.
Suatu hari, anak perempuan mengadu sakit perut
dan bapa telah membawanya ke hospital.
Ketika itulah anak perempuan yang berusia 16 tahun
telah melahirkan anak. Bapanya
pengsan bila dimaklumkan khabar mengejutkan itu.
Apabila disoal siasat, rupanya dia
menjalin hubungan dengan abangnya.
Alasannya, tiada siapa yang melarang, apa lagi
sering ditinggalkan oleh ibu bapa di rumah berdua. ::
Moralnya :
Ibu bapa perlu menyatakan had atau batasan
pergaulan antara adik-beradik dan memaklumkan perbuatan
zina itu adalah dosa besar.
Pantauan dan selidik hubungan intim antara abang dan adik
dan jadikan ikhtibar melalui beberapa
kes sumbang mahram yang telah berlaku.
Jangan beranggapan anak-anak yang tidak
bergaul bebas di luar bebas daripada
perbuatan zina.
Luangkan masa dengan keluarga..
Kekayaan dunia pasti di tinggalkan..
Bekalan akhirat sangat diperlukan..
Anak-anak bekalan akhirat yang pasti..
Jadi teguhkan bekalan akhirat melalui anak-anak..
@______________@
( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )
kena jaga aurat dan batas pergaulan walaupun dengan mahram/muhrim kita.. syaitan ada di mana2..
ReplyDeletebetul tu..ibu bapa main peranan bg pengetahuan pd anak-naka.. ;)
Deletekecil2 kalau usia dalam 7 tahun macam tu seeloknya kena pisahkan tempat tidur..ibu bapa jangan lalai
ReplyDeletebetul nana.. ibu bapa zaman sekarang leka cari duit..anak-anak bg kat bibik jaga.. ;(
DeleteMemang menarik isu nie... saya banyak membaca mengenai hal nie...
ReplyDeletetahniah, artikel awak memang menepati maksudnya... memang menarik..
:)
Also visit my web site; Kaedah Hebat Di Kamar
Bila smua pekara dianggap mudah inilh dia kjadianya...
ReplyDelete