mEnara tInjau..

Wednesday 19 June 2013

Penjajah Israel Meneruskan Pangasingan Tahanan Abu Sisi Sejak 2 Tahun


**بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."


18 Jun 2013

Keluarga tahanan Dirar Abu Sisi, 43 dari Semenanjung 
Gaza bimbnag tentang keselamatan
anak mereka yang berada dalam 
tahanan pengasingan di Penjara Eshel sejak 2 tahun yang lalu.

Isteri Abu Sisi memberitahu Pusat Kajian Tahanan 
dan Hak Asasi Manusia bahawa penjajah terus 
memindahkan suaminya dari satu penjara
 ke penjara lain walaupun keadaan kesihatannya yang
 semakin terjejas. Penjajah telah memindahkan
 dia sebanyak tiga kali daripada penjara 
Ashkelon ke Holikdar dan kemudiannya ke penjara Eshel.

Dia turut dimaklumkan kepada pusat berkenaan
 bahawa suaminya menghidapi penyakit jantung,
 asma, masalah penglihatan dan 
berat yang semakin menurun.

Pengarah Pusat Ahrar, Fuad Al-Khuffash
 memberitahu bahawa Dirar telah diculik 
semasa berada di dalam keretapi pada 
18 Febuari 2011 di Ukraine iaitu negara asal isterinya
 di mana beliau sedang mendapatkan kerakyatan. 
Selepas beberapa minggu dalam keadaan misteri,
 dia kemudiannya muncul di penjara 
Israel dan masih berada dalam tahanan.

Dirar mempunyai ijazah Ph.D
di dalam bidang kejuruteraan Elektrik.
Dia adalah bapa kepada 6 orang anak
yang tinggal bersama ibu mereka yang
merupakan warganegara Ukraine di Semenanjung Gaza.

@______________@
 ( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )


No comments:

Post a Comment