mEnara tInjau..

Friday 10 May 2013

20 Kesan Maksiat..


***بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."

Jauhilah maksiat kerana kesan dan pengaruhnya sangat banyak. Antaranya :

1) Terhalang ilmu
2) Terhalang rezeki

3) Jauh daripada Allah SWT
4) Hati jadi gelap

5) Banyak urusan jadi susah
6) Tidak dapat melakukan ketaatan

7) Pendek umur
8) Cenderung melakukan kemungkaran lain

9) Tidak terangsang untuk berbuat
kebaikan dan ketaatan
10) Dihina oleh Allah SWT

11) Membawa keburukan bukan sahaja
kepada diri sendiri tetapi
orang lain juga
12) Menjadikan diri hina

13) Akal jadi lemah
14) Hati tertutup

15) Mengundang laknat
16) Tidak mendapat doa daripada 
Nabi SAW

17) Hati tidak cenderung 
kepada Allah SWT
18) Hilang nikmat

19) Diri berabai
20) Hidup dirasa lebih sempit





@______________@
 ( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )

UBAH..



***بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."

Ubah diri sendiri..
Bangkit dari kegelapan dan kejahilan..
Allah SWT sangat menyukainya..
Harus tabah untuk berubah..

Jalan takwa dan iman..
Ibarat jalan penuh duri..
Pasti tercalar, berluka dan berdarah..
Tabahkan hati..
Hanya kerna Allah SWT..

Ubah senang berkata-kata..
Lakukan Memerlukan kekuatan mental fizikal..
Berubah kerna Allah SWT..
Manis terasa..
Jika Berubah kerna sesuatu..
Buruk binasa..





@______________@
 ( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )

Thursday 9 May 2013

Tak bertuah lagikah duduk di Malaysia ini ?



***بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."

Hah..jangan malas nak menonton..
Curi la masa anda..
Bukan lama..
Ilmu mesti dicari dan berusaha..
Menonton adalah langkah usaha anda..

Penceramah :
Ustaz Kazim Hj Elias..





@______________@
 ( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )

Segmen: Jom blogwalking jom..!


***بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."


Segmen untuk minggu selepas PRU..
Cewah..sebab lepas bercuti kan..

Segmen dianjurkan oleh Mr.Paly..
So jangan segan silu untuk sertainya...

Mudah je kan..




Jom blogwalking kat blog ni sebab 
mudah tak perlu nak like-like facebook atau 
twitter sebab memang tak ada dannnnnn
banyak infooooo menarik untuk dibaca.. :)



@______________@
 ( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )

Sunday 5 May 2013

Banyak bersujud jika mahu menjadi teman Rasulullah S.A.W.



***بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."


Kisah ini diambil dari kisah seorang sahabat Nabi S.A.W yang ketika itu hanya bekerja sebagai seorang pelayan. Pada suatu hari tatkala sahabat yang bernama Abu Firas lalu di hadapan Rasulullah S.A.W, baginda telah memanggilnya lalu berkatakan sesuatu kepadanya.

Kata Nabi S.A.W. kepadanya, " Wahai Abu Firas pintalah sesuatu daripadaku." Abu Firas terdiam sejenak lalu memandang wajah Rasulullah S.A.W.. Dia lalu berkata, "Ya Rasulullah, saya ingin menjadi temanmu ketika di syurga kelak."

Jawapan yang cukup ringkas. Lalu Rasulullah berkata lagi, "Apakah kamu tidak mahu meminta perkara lain?" Abu Firas lalu menjawab, "Ya, hanya itu Rasulullah."

Maksud Rasulullah bertanya kepada Abu Firas buat kali kedua bertujuan membolehkannya meminta sesuatu seperti ternakan, rumah , isteri atau apa sahaja. Namun jawapannya tetap sama iaitu untuk menjadi peneman Rasulullah di syurga.

Melihatkan kesungguhan Abu Firas tentang permintaannya itu, Rasulullah berkata, " Bantulah aku dalam mengendalikan nafsumu dengan banyak bersujud."

Moral dari cerita ini ialah, sesiapa sahaja di kalangan kita berpeluang menjadi peneman Rasulullah ketika di syurga. Tapi dengan satu syarat iaitu banyakkan bersujud dengan mendirikan solat fardhu, solat sunat malam dan mengikut segala suruhan Allah S.W.T.. Hanya dengan cara itu, maka peluang itu akan terbuka luas.

Ingat, bukan darjat mahupun pangkat yang menentukan kelayakan seseorang untuk menjadi peneman Rasulullah ketika di syurga kelak.

Cara serta tips yang diberikan oleh Rasulullah cukup mudah. Tanyalah pada hati dan iman. Andai ada kesungguhan ke arah itu, maka tiada alasan untuk tidak kita melakukannya. Jadi tunggu apa lagi. Jom! Banyakkan bersujud kepada Allah S.W.T. yang Maha Esa. 


Firman Allah S.W.T. :

"Semulia-mulia kamu di sisi Allah adalah
 orang yang paling bertakwa di antara kamu."

Surah Al-Hujurat , 13


Ooopss ada satu lagi cara mudah untuk masuk syurga. Rasulullah S.A.W. berpesan, 

"Berzikir kepada Allah adalah amalan yang baik dan suci di sisi Allah. 
Ia mampu meningkatkan darjat manusia lebih daripada memberi 
sedekah emas dan perak, bahkan ia lebih 
baik daripada bertempur dengan musuh." 

Hadis riwayat Muslim, Nasa' dan al-Bazar




Sumber : Al-islam..
@______________@
 ( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )