***بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***
"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."
Hidup ini penuh dengan warna-warni. Ada kalanya terang, kadang-kadang pula suram. Apabila mengalami saat-saat manis, dunia ini seolah-olah kita yang punya. Tika itu hanya senyuman terukir di bibir. Namun manis lawannya pahit. Tidak lamanya kita akan merasai kemanisan. Sampai ketikanya, akan terpalit walau sedikit kepahitan dalam hidup. Pahit itulah sebenarnya cabaran Allah SWT buat kita hamba-Nya.
Cabaran dan halangan yang dilalui oleh setiap khalifah Allah SWT di muka bumi adalah untuk Allah SWT menguji tahap kemantapan iman kita kepada-Nya. Adakah kita kan berputus asa dengan ujian tersebut ataupun kita menjadi seorang yang tabah dan redha dalam melalui setiap detik getir yang diberikan.
Kadangkala kehilafan yang dilalui oleh kita berpunca daripada diri kita sendiri. Oleh itu jika ditimpa musibah, bersyukurlah dan lafazkanlah alhamdulillah.. Semakin banyak ujian yang diterima, itu tandanya Allah SWT makin mengasihi kita.
Tentunya kita sebagai manusia selalu tidak sabar dengan ujian yang diberikan. Pernah atau tidak kita bertanya pada diri sendiri, kenapa semua ini terjadi?
Setiap kali diuji, ramai yang menganggap Allah melupakan kita, sedangkan Allah itu maha Mengetahui perancangan seterusnya.
Allag SWT tidak zalim. Allah tidak sekali pun berhenti daripada memandang kita dengan pandangan rahmat kerana di sisi-Nya, pintu kemapunan terbuka seluas-luasnya. Segala yang dilakukan pasti ada sebabnya. Allah memberi masa yang panjang untuk kita berubah. Dan itu juga adalah ruang untuk manusia bertaubat. Bagaimana caranya? Ayuh kita berusaha..
Buang Sikap Risau
Ada dua kesan gara-gara risau.
Pertama, kita kan terus ditimpa masalah
dan musibah tanpa kita pinta.
Kedua, ia akan memberi kesan
kepada fizikal dan mental. Sikap
risau ini akan mendatangkan perasaan takut,
kecewa dan sedih. Sekali gus memberi kesan
kepada kesihatan. Untuk membuang
sikap risau, belajarlah untuk bertenang
dan melatih untuk mengawal keadaan diri.
Belajar Bersyukur
Ucap syukur kepada semuanya, apa saja!
Ucapan syukur ini akan memberi
ketenangan kepada hati. Seseorang
yang selalu mengamalkan ucapan syukur ini
kebiasaannya akan tenang
menghadapi setiap situasi dan akan
redha dengan segala dugaan yang dihadapinya.
Belajar Jadi Pemaaf
Sikap pemaaf akan membuatkan hati
kita terlepas dari sikap-sikap yang
buruk seperti dengki, bersangka buruk,
pemarah, cemburu dan sebagainya.
Ia juga akan meneutralkan
gelombang negatif yang berada di dalam
otak kita.
Ketawa
Mengikut kajian sains, ketawa dapat
menyembuhkan pelbagai penyakit
jika dibuat mengikut kesesuaiannya.
Ketawa juga dapat menghindarkan
kita dari masalah yang berlaku dan
kadang kala mempositifkan fikiran.
Jadi, ketawalah dengan ikhlas dan
bukan dibuat-buat. Namun awas,
ketawa yang berlebihan
membuat kita
berdamping dengan syaitan.
Hati Mesti 'Keras'
Maksud hati keras di sini bukanlah
bermakna kita mempunyai hati tetap
dan tidak boleh diubah-ubah atau
pentingkan diri.
Maksud di sini adalah hati
yang mempunyai kesabaran yang tinggi,
pandai mengawal emosi dan
menerima hakikat dengan hati
yang terbuka. Allah menurunkan
dugaan bertujuan menghapus
dosa kita yang lampau.
Sepatutnya kita rasa bersyukur kerana dosa kita dibalas di dunia dan bukan di akhirat yang sudah tentu lebih teruk azabnya. Ingatlah setiap dugaan itu, tanda Allah sayang pada kita. Sifat manusia akan ingat Allah apabila berlaku kesusahan. Maka dengan dugaan yang di beri, Allah ingin kita mengingati-Nya. Itulah tanda Allah sayang kepada kita. Allah tidak zalim kepada hamba-Nya tapi hamba-Nya saja yang sentiasa menzalimi diri sendiri.
Sumber : Al-Islam (April 2013)
@______________@
( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )
No comments:
Post a Comment