***بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ***
"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."
hari ini 26 sya'ban 1434 hijrah..
bersamaan hari jumaat penghulu segala hari..
hari ni genap 9 tahun dia pergi..
armahumah Faezah Noor a.k.a Kak Eza..
K.Eza kakak kembar lain jantina..
dah kahwin ada seorang anak lelaki yang comel...
Mohammad Firdaus a.k.a Fir...
ni umur 2 tahun ..^_^
K.Eza meninggal ketika lagi 4 hari genap umur anak dia 1 tahun..
iaitu 15 Okt 2004..
dan
Lagi 4 hari kita menyambut bulan ramadhan..
dan
Lagi 5 hari ulang tahun kelahiran dia ke-26 ..
iaitu 16 Okt 2004...
dia beriya-iya nak sambut birthday anak dia awal..
sebab birhtday Fir jatuh hari pertama Ramadhan..
dia meniggal hening pagi jam 3 dalam perjalanan ke HKL..
macam tak percaya...
dapat panggilan telefon dari abang...
dia minta maaf kat abah dan mak..
kata dia, dia tak jaga adik dia dengan baik...
selama ni kami hanya dengar kematian orang lain...
sebab abah partime tukang gali kubur di kg..
jadi kami orang pertama akan tahu berita kematian di kg..
bila berlaku pada keluarga kita..
baru kita sedar...
yang dia sangat penting dalam hidup kita..
dia sangat bermakna..
tanpa dia kita rasa separuh diri kita hilang bersama..
walaupun kami tak berapa rapat sebab jarak umur yang terlalu jauh..
tapi di akhir hayat dia banyak masa yang kami habiskan bersama..
tika kami mesra ...
tika kami erat..
tika kami rasa kami saling memerlukan...
tika itu Allah lebih menyayangi dia..
tapi teman syukur...
sebab teman dapat merasa kasih sayang dia..
teman dapat habiskan masa berharga itu dengan dia..
yang penting dia tinggalkan pada teman anak yang comel itu..
Fir lebih akrab dengan teman berbanding mak cik-mak cik dia yang lain..
pernah masa teman demam..
dia menangis dia cakap..
'uda jangan mati ye'..
terima kasih ya Allah..
untuk semua nie..
:: moga Kak Eza di tempatkan di kalangan orang-orang beriman ::
( *sebarkan kasih sayang -bintang kecil* )